Tetapi, kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.
Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli ‘katak’ untuk mereka kembali berkuasa di negeri Perak.
Tetapi rakyat Perak tidak mudah lupa. Kini mereka sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 untuk memberi satu tamparan kepada BN yang bongkak dan rakus dalam menjatuhkan kerajaan pilihan mereka.
Peristiwa-peristiwa hitam di Perak
Rakyat Perak masih ingat tentang peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di pada tahun 2009. Antara kerakusan, kezaliman dan ketamakan kuasa UMNO-BN ialah:
* Peristiwa ‘lompat katak’ yang menghilangkan majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Perak.
* Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang mengosongkan 3 kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
* Setiausaha Kerajaan Negeri membuat perangai dengan menghalau pimpinan Pakatan Rakyat daripada bangunan SUK Negeri Perak.
* Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dipaksa untuk meletak jawatannya walau pun beliau tidak mahu berbuat demikian kerana kaedah yang bertentangan dengan undang-undang.
* Perlantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar BN sewaktu Nizar masih sah sebagai Menteri Besar dan tidak dilakukan melalui undi tidak percaya mengikut proses undang-undang.
* Perlantikan Penasihat Undang-undang Negeri untuk mewakili Speaker di Mahkamah walau pun Speaker tidak mahu pegawai itu mewakilinya. Tujuannya adalah untuk menghalang Speaker melantik peguamnya sendiri.
* Menghalang Speaker daripada mengadakan sidang DUN untuk menyelesaikan krisis politik negeri Perak. Alasan diberi bahawa Speaker tidak ada kuasa memanggil dewan bersidang sedangkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak memberi kuasa itu kepada Speaker.
* Tidak mengakui keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan yang menggantung Zambry selama 18 bulan dan 6 orang EXCO lain selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN.
* Mengunakan ratusan polis, FRU dan samseng untuk menghalang ADUN-ADUN memasuki bangunan SUK untuk bersidang pada 3 Mac 2009.
* Peristiwa persidangan bawah pokok yang menjadi kemuncak akibat kejahatan BN menghalang Speaker menjalankan kewajipannya.
* Perbuatan memecahkan plak pokok demokrasi oleh manusia-manusia yang tidak bermoral.
* Peristiwa Persidangan 7 Mei yang memalukan Perak dan Malaysia apabila berpuluh-puluh orang anggota polis menceroboh memasuki DUN Perak untuk mengusung keluar Speaker dan menguncinya dalam sebuah bilik stor.
* Kekecohan yang berlaku dalam DUN kerana melantik Datuk Ganesan sebagai Speaker dengan cara yang jijik dan tidak sah.
* Semua keputusan-keputusan mahkamah dalam kes Menteri Besar, Speaker dan Ketua Kampung berpihak kepada BN walau pun ramai pakar Perlembagaan tidak bersetuju dengan keputusan-keputusan itu.
* Pengakuan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi baru-baru ini bahawa beliau tidak terlibat dalam melantik panel-panel hakim dalam semua kes-kes negeri Perak walau pun itu adalah keperluan mandatori mengikut peruntukan undang-undang.
* Mahkamah Tinggi sebenarnya telah membuat keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah tetapi kemudian keputusan itu diubah semula pada keesokan harinya.
* Peristiwa merampas jubah dan songkok Speaker di bangunan SUK dengan menggunakan kekerasan anggota polis.
* DUN disalahgunakan oleh BN dengan cara menutup mikrofon dan pembsar suara, tidak memberi peluang kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk berbahas, tidak menjawab soalan-soalan lisan dan bertulis, masa persidangan yang terlalu singkat, pihak media diletakkan dalam bilik galeri, tidak membenarkan rakaman audio dan video, berpuluh-puluh anggota polis mengawal persidangan dan macam-macam lagi.
* Bajet Negeri Perak diluluskan dalam 20 minit tanpa perbahasan.
* Pelbagai laporan polis dan SPRM dibuat terhadap Speaker untuk mengertak dan mengugut Speaker daripada menjalankan tugasnya .
Rakyat akan mengajar UMNO-BN
Semua peristiwa-peristiwa ini masih jernih dalam ingatan rakyat Perak. BN telah melakukan kesilapan besar dengan mengandaikan bahawa rakyat kita mudah lupa.
Oleh itu, mereka telah menggunakan SPR, SPRM, mahkamah, polis, media, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri untuk merampas kerajaan rakyat secara tidak sah.
Tetapi, rakyat Perak tidak akan memaafkan BN kerana menggunakan segala bentuk kekerasan dan taktik kotor untuk rampas satu kerajaan yang diberi kuasa oleh mereka.
Oleh yang demikian, BN haruslah bersedia untuk menerima tamparan rakyat dalam PRU13, bukan sahaja di negeri Perak, malah kesan limpahan juga akan dirasakan di peringkat persekutuan. – Roketkini.com
Penulis adalah Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN
Tronoh. Beliau juga adalah Speaker DUN Perak yang sah yang telah
dikasari, dihina dan dimalukan oleh pimpinan UMNO-BN
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.