Dewan Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) yang
telah yang ketuai oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaan
(ANAK) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Masalah
yang berkait dengan FELDA bukanlah satu permasalah yang baru
didengari. Terbaru adalah apabila Pengerusi FELDA, Mohd. Isa Abdul
Samad di dalam satu kenyataannya bertarikh 19 Oktober 2011 menyatakan
niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd
(FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).
Tindakan ini nyata mendapat
bantahan daripada sebahagian anak-anak FELDA yang prihatin. Satu
kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ANAK Mazlan Aliman pada16
Disember 2011 yang menasihatkan agar penyenaraian FGVH ini jangan
disokong secara membuta tuli tetapi perlu didasari dengan pengetahuan
dan bukan sentimen.
Seruan daripada ANAK disahut oleh beberapa
NGO yang lain antaranya Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia
Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),
Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi
Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertindak
Peneroka FELDA (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa).
Semua
NGO-NGO ini bersepakat dan akhirnya menubuhkan Gerakan Selamatkan Felda
(GSF) hari ini. Pemuda PAS diberitahu matlamat utama GSF ini adalah
untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd
(FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga
dimaklumkan usaha untuk menyenaraikan FGVH ke BSKL ini bakal menjejaskan
aset 112,635 peneroka. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut
menyokong penubuhan GSF ini dan akan bersama GSF memperjuangkan hak
peneroka. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga membantah penyenaraian FGVH ke
BSKL sekiranya ianya akan memberikan kerugian kepada peneroka.
DPPM
berpendapat penyenaraian dalam suasana ketidaktentuan pasaran pada suku
pertama 2012 adalah amat berisiko dan penyerahan aset peneroka ini
tidak akan menguntungkan peneroka buat jangka masa panjang. Keadaan
turun-naik pasaran saham yang tidak menentu memungkinkan penyenaraian
ini tidak memberi pulangan laba seperti yang diharapkan. DPPM percaya
FELDA mampu diperkukuh melalui pengurusan yang lebih efisien tanpa perlu
campur tangan politik demi kebajikan peneroka FELDA.
DPPM
bersedia menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membantu
perjuangan GSF ini demi menghormati amanat asal penubuhan FELDA oleh Tun
Razak yang nampaknya telah dikhianati oleh anak beliau sendiri, Najib
Razak.
*Kenyataan media oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar kanan) selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.