31 Dec 2011

Fuziah mahu JAS berterus terang status Lynas

  
KUANTAN, 31 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) mahu Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang berterus terang kepada rakyat mengenai status sebenar kilang Lynas supaya tidak menyelewengkan pandangan awam mengenai isu kilang Lynas.
Fuziah dalam kenyataan medianya di sini, berkata Pengarah JAS sewaktu taklimat tertutup anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Khamis lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif.
Kenyataan Pengarah JAS dalam masjlis di Kompleks Penyiaran Pahang, Tanah Putih dekat sini itu telah disiarkan sebuah akhbar harian semalam.
Kata Fuziah, beliau kesal dengan kenyataan Pengarah JAS itu yang sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana ia merupakan kenyataan 'separuh benar' yang berselindung di sebalik fakta.

“Mengapakah Pengarah JAS tidak boleh berterus-terang bahawa Lynas ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif di paras 6bq|g. Menteri Perdagangan Antarabnagsa (MOSTI) di dalam Dewan Rakyat pada 14 November juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.
“Bahawa Kilang Lynas juga merupakan loji pemrosesan nadir bumi yang terbesar didunia di luar negara Cina apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan 'rare earth' didunia menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian di proses di Gebeng dimana sisa radioaktifnya akan di buang di Malaysia.
“Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan di keluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 tan metrik setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut, malah cadangan dari Lynas telah di tolak sekurang-kurangnya 3 kali oleh pihak AELB,” katanya.
Menurut Fuziah, malangnya semua fakta tersebut tidak diutarakan dalam taklimat tertutup itu sehingga boleh membuatkan rakyat menjadi lebih keliru.
“Sebenarnya Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa 3 minggu oleh JAS Pahang iaitu diterima 21 Januari 2008 dan mendapat kelulusan pada 15 Februari 2008. Sedangkan Detailed EIA tidak pernah dipinta daripada Lynas oleh pihak JAS Pahang.
“Pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam,” tambahnya.
Katanya, kesemua fakta tersebut wajib di terangkan kepada orang ramai tetapi JASA pula mengadakan taklimat tertutup sehingga tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM.
“Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar?
“Jadi demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.