KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Selangor
(DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam
sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.
Sambil
membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS,
Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu
“paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.
"Tulisan
Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS
tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat.
"Tidak
pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan
ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin
Umnolah yang telah menjaja isu ‘takfir’ ini setiapkali musim
pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu.
Hasbullah
menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang
batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno
menjadi isu kafir mengkafir.
Selain membidas presiden PAS dengan
isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang
hangat diperkatakan sebelum ini.
"DPPNS merasakan tiada silapnya
kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi
Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan
fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya.
Malah,
ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah
berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat
kepada pihak lain.
Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada
pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah
berdasarkan emosi dan bukan fakta.
Sambil menasihatkan Mashitah
agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan
timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang
dianggotainya itu.
"Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional
yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad
sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah
daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata
kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya.
"DPPNS
menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan
dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi
‘syaitan bisu’ yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan
pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di
atas muka bumi ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.