
Namun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata perbicaraan kes itu tetap akan berjalan seperti dijadualkan esok sehingga 7 Oktober ini.
Najib dan Rosmah sebelum ini diperintahkan hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang sudah memasuki peringkat pembelaan selepas enggan ditemubual pasukan peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib sebelum ini mengaku menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum Saiful mendakwa dirinya diliwat Anwar.
Rosmah pula mengaku pernah menemui Mohd Rahimi Osman, sahabat karib kepada Saiful Bukhari dan beliau juga pernah ditemubual pegawai penyiasat kes Fitnah II, DSP Judy Blacious Pereira.
Nama mereka juga termasuk dalam senarai saksi-saksi yang ditawarkan pendakwa raya sebelum ini. Kesemua peristiwa itu menjadikan mereka sebagai saksi penting dalam perbicaraan Fitnah II.
Permohonan Najib dan Rosmah mengenepikan sepina itu bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Ogos.
Menurut afidavit DPP Mohd Hanafiah Zakaria, mereka enggan hadir kerana bukan saksi utama, justeru hanya akan berbuat demikian jika disepina.
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.