25 Sept 2011

Lebih 5,000 serbu rumah terbuka KEADILAN

Oleh Sidiqin Omar
DAMANSARA: Majlis Rumah Terbuka anjuran ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini, hari ini, berlangsung meriah dengan lebih 5,000 orang termasuk pemimpin, ahli parti dan rakyat biasa, tak putus-putus mengunjunginya.
Majlis tiga jam bermula jam 12 tengah hari yang dikendalikan kakitangan ibu pejabat parti dengan kerjasama Wanita KEADILAN, dihadiri pemimpin dan rakyat berbilang kaum.

Lebih 10 gerai dari pelbagai Cabang KEADILAN sekitar Lembah Kelang menghidangkan aneka juadah antaranya lemang, rendang, kuih raya dan sate.
Pimpinan dan ahli KEADILAN peringkat negeri dan Cabang bersama ahli keluarga dari seluruh negara bertemu dan beramah mesra dalam suasana santai.
Suasana meriah terserlah di kalangan pengunjung, apatah lagi sebahagiannya menerima cenderamata manakala kanak-kanak ceria menerima duit raya.
Hamper disumbang mengikut kategori antaranya ‘ibu mengandung’, ‘pakaian baju Melayu terbaik oleh bukan Melayu’ dan pakaian kanak-kanak.
Celoteh Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Azwan Ramli selaku pengacara tambah memeriah suasana manakala kehadiran ‘badut funfair’ pantas mencuri tumpuan kanak-kanak.
Selain ahli parti dan rakyat biasa, pemimpin Pakatan Rakyat turut hadir antaranya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi.
sumber : Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.