KUALA LUMPUR, 25 Sept — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu keputusan berkenaan laporan lengkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan lalu hanya akan diketahui selepas Rabu ini.
“Hanya selepas hari Rabu kerana biasanya pada setiap hari Rabu, saya akan mengadap Tuanku Sultan,” kata Khalid (gambar).
Dipetik TV Selangor hari ini, Khalid berkata pada pertemuan setiap Rabu beliau dan Sultan Selangor akan membincangkan hal-hal seperti itu.
Jais mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh gereja itu dan Komuniti Harapan.
Laporan lengkap diserahkan oleh Jais kepada Pejabat Menteri Besar Isnin lalu.
Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran yang dibentuk oleh kerajaan negeri Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari Harapan Komuniti yang menganjurkan majlis makan malam gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu.
Serbuan tersebut dijalankan berikutan Jais mendapat maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam cubaan memurtadkan orang Islam pada majlis tersebut.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.