KUALA LUMPUR, 30 Nov: AJK PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea.
Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
"Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan mereka hanya mengganggap Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan apabila siapa yang menentang Umno bagi mereka akan menentang Islam.
"Bagi mereka apa yang canggah dengan kepentingan Melayu maka bercanggah tuntutan Islam kerana mereka anggap hanya Umno memperjuangkan Islam kerana Umno memperjuangkan Melayu," jelasnya.
Khalid juga pendirian PAS cukup jelas terhadap perlaksanaan hukum hudud dan DAP sendiri pun menghormati pendirian tersebut.
"DAP ganti PAS itu tidak timbul apatah lagi mengatakan DAP lebih Islam dari PAS kerana masing-masing faham dengan pendirian masing-masing terutamanya tentang hukum hudud.
"Kalau ingin bandingkan dengan pendirian Umno di mana sebelum ini MCA membuat pendirian anti hudud dan Umno terpaksa mendiamkan diri dan saya rasa amat jelas siapa yang tuduh siapa dalam soal agama dan siapa yang tuduh.
"Ini hanyalah tuduhan retorik yang mengatakan PAS tunduk kepada DAP, malah tidak ada bukti yang mengesahkannya malah apa yang dilakukan sekarang adalah beberapa pendirian tuntutan PAS dan DAP adalah sama seperti menentang Rang Undang-Undang Berhimpun Aman (RUU) semalam," sambungnya.
Tambahnya, tuntutan bersama itu bukannya menunjukkan kita tunduk kepada DAP, itu adalah sebahagian yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam soal RUU.
"Seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS semalam bahawa apa yang dilakukan oleh Umno bercanggah dengan tuntutan Islam yang menuntut setiap anggota dari umatnya memperjuangkan keadilan dan kebenaran.
"Mereka perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk memperjuangankan kebenaran dan keadilan itu tetapi Umno telah menafikan tuntutan tersebut dengan menghadkan tuntutan yang dibenarkan oleh Islam.
"Islam bukan sahaja membenarkan tetapi mengalakkan perhimpunan aman itu tetapi apabila kita mempertahankan hak rakyat dan DAP juga sama pendiriannya kita pula dikatakan tunduk pada DAP," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Khalid secara jelas Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan tuduhan DAP tunduk pada PAS sebenarnya perlu dituju kepada Umno yang dicangkuk hidung oleh MCA.
"Dalam pada itu kenyataan Umno mengambarkan mereka terdesak dalam mencari sokongan undi dari orang melayu sehinggakan sanggup memainkan isu-isu perkauman.
"Mereka takut dengan sokongan orang melayu terhadap PAS dan sekarang mereka mengapi-apikan sentimen tersebut agar orang melayu membencikan PAS.
"Rakyat perlu tahu siapa yang memperalatkan Islam dan siapa yang diperalatkann, Umno kekeringan idea untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," sambungnya lagi. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.