KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerman, Dr Thomas Gambke, menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai tindakan tidak tahu malu kerajaan Umno untuk menyusahkan pembangkang di Malaysia.
“Akta Himpunan Aman akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan kebebasan bersuara akan disekat. Ini adalah satu tindakan tidak tahu malu untuk menyusahkan pembangkang.
“Undang-undang itu diluluskan majoriti kerajaan dalam jangka masa singkat tanpa sebarang perdebatan di Parlimen. Pembangkang meninggalkan Parlimen sebagai tanda protes.
“Sebarang himpunan di masa depan akan memerlukan notis 10 hari, had umur minima 21 tahun untuk penganjur dan mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda maksimum RM20 ribu,” kata Dr Thomas Gambke.
Dr Thomas Gambke adalah Ahli Parlimen Jerman dari Parti Alliance 90/The Green dan merupakan Pengerusi Kumpulan Persahabatan Parlimen dan Negara-negara ASEAN.
Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengutuk perbicaraan Fitnah II dan menggesa agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih ruang dalam media tempatan.
Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.
Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.
Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.
Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.
Pada hari sama ia diluluskan, Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.