ALOR SETAR, 14 JAN: Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga S menggesa Pakatan
Rakyat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk menangani rasuah
secara serius.
Menurutnya, penubuhan badan khusus untuk menyiasat kes-kes rasuah dalam negara sahaja tidak mencukupi.
Beliau mencadangkan agar Pakatan mempertimbangkan untuk mendapatkan
kembali harta-harta yang diperolehi pesalah rasuah melalui amalan rasuah
mereka.
“Saya
harap Pakatan Rakyat juga harus memikirkan bagaimana untuk membawa aset
dan wang yang keluar ini untuk dibawa kembali kedalam negara. Ini
adalah wang rakyat yang boleh dikembalikan bagi meringankan beban
rakyat,” kata Ambiga.
Beliau turut menggesa Pakatan Rakyat agar memberikan tumpuan khusus
kepada penyelewengan wang negara dalam jumlah yang tinggi dan
mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan kepada pesalah-pesalah
kecil.
“Kita hukum jerung tapi kita lepaskan ikan bilis supaya kita boleh
terus melangkah kehadapan. Saya mahu tahu apa pendirian Pakatan tentang
ini,” kata Ambiga.
Sebelum ini kerajaan Umno BN hanya sanggup mendakwa pegawai kerajaan
yang dituduh mengambil rasuah dalam jumlah kecil tetapi menutup mata
terhadap penyelewengan pimpinan Umno-BN yang melibatkan jutaan ringgit.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini pernah
didesak pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya ditangkap atas
pelbagai dakwaan termasuk rasuah.
Namun sehingga kini, tiada sebarang siasatan dan tindakan dilakukan terhadapnya walaupun digesa pelbagai pihak.
Ambiga turut mencadangkan PR agar menggariskan rancangan teratur bagi
memastikan proses peralihan kuasa berlaku secara baik dan meyakinkan
rakyat.
Beliau turut memuji sikap dan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang
dua hari lalu yang mendedahkan aset pimpinan tertinggi di negeri itu.
“Kita juga mahukan supaya akaun Petronas dan lain-lain syarikat yang
ada kaitan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan juga didedahkan kepada
rakyat supaya rakyat dapat melihat ketelusan dan keterbukaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.