Semasa meninggalkan bandar Alor Star jam 10:30 malam
saya memasang angan-angan untuk mengisikan blog dengan memberi ulasan
khas kepasa konvensyen ke-3Pakatan Rakyat yang berlangsung di stadium
tertutup Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star.
Sapaan
para penenguk kepada saya di sepanjang berada di konvensyen itu memberi
semangat dan kekuatan kepada saya untuk berbuat demikian, menyegerakan
ulasan dalam blog.
Walhal mana mungkin untuk mengisi blog pada
jam 4:20 pagi sebaik setiba dari Alor Star? Tubuh sudah lunyai dan kaki
sudah kejam berdenyut. Sementelahan saya tidak dikejar dengan apa-apa
tuntutan yang memaksa berbuat begitu kerana berblog semuanya percuma.
Walaupun
blog saya tidak perlu dibayar dan boleh dihayati dengan percuma, dan
boleh juga di hentam dan maki hamun secara percuma oleh sesetengah
individu, tetapi rasa tanggungjawab tetap berdiri dalam hati. Saya tetap
menjadikan blog Merah Tinta sebagai blog awal menyiarkan laporan.
Pertanyaan
dan semangat yang diberikan oleh para penjenguk khasnya penjenguk tegar
menjadi saya bersalah kalau tidak mengisi blog atau menyegerakan
membuat pengeposan apa-apa peristiwa atau pun membuat apa-apa ulasan
berhadap sesuatu isu. Saya dapat mersakan betapa penjenguk begitu
mengharap kepada laporan dan ternanti-nanti pandangan dari saya.
Setiap
kali mengingati itulah kadang kala saya mengorbankan masa untuk tidur
dan juga makan. Adakanya di meja kecil saya tersedia dua tiga gelas tea
atau kopi yang sudah kesejutan disiapkan isteri tanpa sempat menjamahnya
kerana keasyikan menulis. Benarlah keasyikan menyebabkan kita kepada
dunia lain diluar tumpuan kita. Kalau asyik mengejar perempuan maka akan
lupa kepada perjuangan!
Realiti ini jarang diketahui dan
rakan-rakan atau penjenguk hanya akan bertanya masa mana MSO menulis.
Mereka hanya tanya itu tetapi tidak cuba memahami kesulitan dan
masalahnya. Sebab itu ada kalanya saya jadi bengkeng kepada mereka yang
menegur atau mempersoalkan typo yang berlaku dalam catatan saya.
Atas
harapan dan penanti penjenguk itu maka saya bertekad dan akan berbuat
seperti biasa. Malangnya kadang kala kita ini selalu bersikap egois,
tenaga kurang tetapi nafsu kuat. Sebaik sampai rumah belum tanggal baju
dan seluar saya terus up-loadkan gambar dari kamera ke dalam laptop
sebagai proses awal untuk melapor atau mencatatkan mengenai konvensyen
Pakatan Rakyat kali ke-3.
Selepas memerhati gambar yang diup-load
tidak begitu menghairahkan tiba-tiba semangat menjadi kendur dan
terpaksa membatalkan niat. Saya merasa bersalah kalau menghidang sesuatu
yang tidak bermutu kepada penjenguk. Kalaulah ada kawan-kawan telah
merakam gambar di konvensyen itu dan juga ceramah belah malamnya
berhajat nak kongsi dengan saya bolehlah kirim kepada saya untuk
digunakan.
Sesuatu hasil kerja yang kita lakukan akan menjadi
pendorong kepada kita. Disebabkan gambar kurang menarik maka dorongan
itu tidak ada, natijahnya laporan dan ulasan mengenai konvensyen itu
tidak disegerakan. Mohon maaf kepada penyelek blog Merah Tinta yang
kecewa kerana tidak dapat membaca catatan mengenai itu sesegeranya.
Berbalik
kepada konvensyen di Alor Star semalam ia memberi beberapa keputusan
yang dapat dirumuskan di sini. Apa yang saya nampak konvensyen berjalan
dengan lancar dan mendapat sambutan bukan saja menggalkan tetapi penuh
keghairahan. Mungkin dari segi angka kehadirannya tidak begitu
memberangsangkan, sekitar 3,000 itulah sebab ada media kroni dan PB
melaporkan ia hambar dan tawar saja.
Kalau orang hanya melalui di
hadapan stadium tertutup itu tidak akan dapat membilang angkanya yang
sebenar atau merasa gelolak jiwa peserta yang hangat bertepok tangan.
Dari luar ia tidak nampak berapa jumlah sebenarnya. Tetapi mengenai
konvensyen itu bukan jumlah yang penting, tetapi yang mustahaknya
konvensyen itu berjaya memberi satu resolusi terhadap masalah negara dan
rakyat pada masa.
Kalau hendak melihat atau ukur berjaya atau
tidak konvensyen itu dari segi jumlah kehadiran ialah pada ceramah
perdana di sebelah malamnya -- saya akan ulas dan memberi pandangan saya
secara berasingan selepas ini.
Konvensyen itu adalah majlis
rasmi di mana pesertanya dijemput. Bukan semua orang boleh
menghadirinya. Penyertaannya terbatas. Sebab itu peserta diminta
mendaftarkan diri. Konvensyen itu bolehlah dianggap forum untuk
membincang kesemua masalah rakyat untuk dicerkainkan dan diuruskan oleh
kerajaan Pakatan Rakyat kelak.
Nilai atau pun keistimewaan lain
di sebalik konvensyen itu komponen Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP
duduk dalam satu majlis untuk memdengar ritihan, kehendak dan harapan
rakyat dari semua aspek kehidupan. Konvensyen itu saya ruang mendapat
input dan memberi input dari pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya.
Dalam
konvensyen ini parti-parti itu tidak bercakap hanya dalam lingkungan
mereka saja, soal-soal kepentingan kaum, agama dan budaya tetapi membuka
ruang untuk kepentingan semua sesuai dengan nilai kesejagatan hidup dan
idealisme jihad Pakatan. Majlis seperti ini adalah memberi keyakinan
kepada umum bahawa ketiga parti yang berbeza ideologi dan berbeza
pendekatan sebelum ini sudah boleh duduk sekali dan sama-sama mengunyah
masalah rakyat secara terbuka, telus dan beterus terang -- demi rakyat.
Sebenarnya
persepakatan atau kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen itu
sesuatu yang digerumi oleh UBN. Kalau sebelum ini mereka (UBN)
mencanangkan Pakatan Rakyat sebagai kahwin mutaah, pakatan yang tidak
terikat, gabung bersifat sementara atau pelbagai anologi buruk lagi
namun dengan terlaksanakan konvensyen berkenaan menunjukkan ketiga parti
itu mempunyai satu komitmen dan mereka dapat membuang sifat
mementingkan diri sendiri.
Yang menarik pada setiap konvensyen
kesemua pemimpin dan peserta yang terdiri dari tiga fraksi (Islami,
Sosial, Demokrat) akan melafazkan ikrar, berjanji sesungguh hati dan
semurni jiwa untuk bekerjasama demi rakyat. Ikrar ini saya sifatkan
sebagai satu tali besar yang memberkaskan mereka (PR) dalam satu ikatan
dibuat semata-mata demi rakyat dan negara. Ia lebih penting lagi apabila
ikrar itu diterjemahkan dalam gerak kerja mereka dan menjadi bukti ia
diterima rakyat apabila satu demi satu meruntuhkan kerajaan negeri
pimpinan UBN.
Apa yang termasuk dalam ikrar itu dan ini saya kira
adalah intipati besar bahawa Pakatan Rakyat berjanji dan berusaha untuk
membina Malaysia Baru. Tampaknya semua para pemimpin, ahli dan
penyokong PR bersetuju untuk meruntuh Malaysia lama ciptaan UBN dan
membina Malaysia Baru yang lebih dituntut oleh rakyat.
Ciri-ciri
Malaysia baru seperti mana disebut dalam ikrar itu ialah membina negara
yang adil, demokratik serta menjujung beberapa prinsip asas yang
dipersetujui bersama antaranya akan mempertahankan Perlembagaan
Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat, menumpukan sepnuhnya
usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Apa
tercermin dalam ikrar itu Malaysia sebuah negara baru yang mengutamakan
prinsip keadilan sosial, demokrarik dan berkebajikan.
Tidak dapat
tidak dalam pemerhatian saya konvensyen itu ada kecatatan dan
kekurangan tetapi soal titik bengkit itu tidaklah mengagalkan tujuan
konvensyen itu diadakan. Ia boleh diperkemaskan di masakan datang
biarlah bersesuaian dengan proses kematangannya.
Sekalung tahniah
dan syabas diucapakan kepada Pengarah Konveysen Mahfuz Omar nampaknya
beliau berjaya memikul tanggungjawab itu dan sekaligus menunjukkan
kemampuannya untuk membantu atau memangku tugas itu yang seharusnya
dipikul oleh MB Kedah Azizan Razak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.