ALOR SETAR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas
pendekatan Kerajaan Umno BN mengagihkan wang tunai kepada rakyat yang
diperolehi daripada hutang.
Menurutnya, sebarang pengagihan wang tunai kepada rakyat seharusnya
datang daripada lebihan wang daripada pertumbuhan ekonomi , seperti
dilakukan Selangor.
“Kita hanya boleh mengagihkan apabila kita ada pertumbuhan. Prinsip
bagi duit kepada rakyat tetapi duit itu datang daripada hutang adalah
dua kali beban kepada rakyat. “Mengagihkan wang tunai kepada rakyat melalui sumber hutan bukanlah pengurusan ekonomi yang baik".
“Apabila tiada pertumbuhan, kita hanya membahagikan hutang. Inilah pengagihan yang salah, tidak betul.
“Inilah yang dilakukan Kerajaan Persekutuan sehingga berhutang
berbilion-bilion ringgit,” kata Khalid Ibrahim sewaktu mengupas Dasar
Anti-Monopoli Pakatan Rakyat yang digariskan di bawah gagasan Tawaran
Jingga.
Di kala negara berdepan dengan hutang sebanyak RM437 bilion, kerajaan
Umno BN masih lagi memberikan pelbagai insentif wang tunai kepada
rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku.
Ia berbeza dengan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang
mengagihkan bantuan kewangan bersifat polisi kepada rakyat hasil
daripada belanjawan surplus kerajaan negeri.
Di antaranya adalah pemberian air percuma, elaun tahunan kepada warga
emas, insentif kepada bayi yang dilahirkan di Selangor dan peningkatan
peruntukan elaun guru KAFA.
Menurut Khalid Ibrahim, rakyat Malaysia perlu menolak pentadbiran
Umno BN kerana pengurusan ekonomi mereka mewujudkan golongan yang
menikmati manfaat ekonomi monopoli.
“Kita tidak lagi inginkan Umno untuk urus ekonomi Melayu kerana pertama dasar ekonomi Umno wujudkan rent-tier class.
“Penswastaan (yang dibawa Umno juga) tidak boleh menjadi asas ekonomi baru
“Kita juga tidak mahu lagi ekonomi berdasarkan politik pengagihan kroni,” kata Khalid.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.