Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen
Pakatan Rakyat kali ke-3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat
dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menjelang Pilihanraya ke 13 (yang masih tidak diketahui bila tarikhnya akan berlangsung), saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran bila perdebatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia ini akan berlangsung.
Lihat sahaja debat bersejarah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik; sekurang-kurangnya hasil perdebatan ini telah mampu memberikan cetusan untuk rakyat Malaysia berfikir tentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh-pendebat tersebut.
Sewajarnya rakyat Malaysia keseluruhannya mendesak agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima pelawaan debat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah semakin matang, bersedia mendengar terlebih dahulu pandangan-hujah dari pelbagai pihak, berfikiran rasional, adil dalam membuat apa jua keputusan dan menilai apa jua isu dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan ilmu.
Bukan ingin mencari siapa yang bakal menjadi pemenang, pandai retorik-hujah, petah berkata-kata, hebat pidatonya; apa yang pastinya debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti boleh mencetuskan rakyat Malaysia agar berfikir, berfikir, dan terus berfikir, memanfaatkan aqal kurniaan tuhan....

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.