SANDAKAN, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ngeri pelanggaran keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.
Ketuanya, Lahirul Latigu juga mendoakan pihak keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran meskipun tiada jiwa yang dilaporkan terkorban.
“Pemuda PAS Sabah sangat terkejut dengan kemalangan ini dan mengharapkan semua keluarga yang terlibat dapat bersabar serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Beliau yang dalam rangka lawatan gerak kerja pilihan raya ke setiap kawasan bagaimanapun berharap kejadian itu tidak berulang di lain masa.
“PAS berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi,” ujarnya.
Semalam, lapan orang cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.