KUANTAN, 25 Dis: Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (gambar)
yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor,
semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip)
kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Setiausaha
Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama
sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik
selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah
Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini. Katanya,
selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati
kakitangan Jaip lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat.
“Mereka
mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh
sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah
Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang 1982. “Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob
Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan
Gambang,” katanya. Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga Jaip bertindak. Seksyen
161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982
ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit
kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih
enam bulan atau kedua-duanya sekali. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.