19 Oct 2011

PAS Selangor larang ahli sertai Himpun

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 19 Okt: Badan Perhubungan PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan 22 Oktober ini.

Dalam SMS yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpun.

"Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut," tegas beliau.
Tegas Khairuddin, arahan terebut dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Selangor selaras dengan arahan yang diterima daripada Presiden PAS.

Dalam kenyataan Presiden PAS selepas mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat malam tadi menegaskan bahawa PAS PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Keputusan diambil PAS, dialu-alukan pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat.
sumber : Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.