Euforia pasca Pilihan Raya Umum 2008 telah lenyap ke udara nipis dan kini digantikan dengan diarrheoea (sebut: cirit-birit) politik. Tiga tahun lalu, kita mengisytiharkan bahawa kita mempunyai sistem dua parti, yang mana pembangkang akan mengambil alih dan bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September tahun tersebut. DAP begitu teruja dengan Anwar -walaupun selepas tarikh menakluki Putrajaya itu sudah berlalu dan berakhir - bahawa mereka mengisytiharkan Anwar masih menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau terperok di penjara atas tuduhan liwat.
Perkara sedemikian sudah berubah sekarang. Pembangkang jatuh tersungkur bersama pemimpin mereka yang sudah hilang arah tujuan dalam landskap politik dan berkelakuan seperti ayam hilang kepalanya. DAP tetap membisu mengenai isu hudud, sama seperti parti PKR yang kononnya parti berbilang kaum. Rakyat Malaysia yang berfikiran reformasi dan yang cintakan keamanan semuanya mahukan penjelasan sama ada Pakatan masih meletakkan Rangka Kerja Dasar Yang Sama (Common Policy Framework) masih diusahakan atau sudah pun dimasukkan ke dalam tong sampah. Mereka mahu tahu sama ada Anwar adalah "Manusia Renaissance" sebenar atau dia bersandar rapat sebagai fundamentalis Islam.
PAS tampak segak untuk beberapa bulan yang awal, terutamanya selepas mengisytiharkan Negara Islam yang akan digantikan dengan Negara Kebajikan dan Pakatan Rakyat yang akan memegang kepada konsensus politik tersebut. Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pendakwah radikal Islam selama bertahun-tahun seolah-olah punting api rokok, sehingga idea negara Islam ditangguhkan kerana kekurangan daya tarikan politik. Beliau "berjalan tunduk" mula membawa PAS ke arah konsensus politik di dalam Pakatan yang lebih bersifat pendamaian. Namun warna air pasang telah bertukar ke hijau tua, dan retorik politik diri sendirinya mengisytiharkan untuk beliau melakukan sesuatu itu "kerana AllahTaala" dan kembali ke tampuk kecemerlangannya.
Perkara sedemikian kini telah berubah. Tampuk itu telah dipecahkan.
Jadi apa pilihan yang ada dengan rakyat? Perkara pertama yang kita perlu ingat bahawa parti-parti pembangkang hanya akan berwibawa dan berdaya maju jika mereka benar-benar jujur tentang isu-isu yang mereka perjuangkan. Anwar (gambar kiri) tidak pernah menjadi seorang reformis - juga semasa beliau berada di dalam ABIM dan sudah tentu tidak apabila dia berada di dalam UMNO. Beliau memainkan peranan penting dalam perubahan pendidikan di Malaysia dengan hanya menyuntik idea-idea Arab ke dalam sistem dan pakaiannya. Beliau memainkan peranan penting dalam mendesak untuk pindaan Perlembagaan yang telah menimbulkan konflik antara undang-undang sivil dan mahkamah syariah. Dengan meletakkan sistem perundangan sivil dan syariah pada kedudukan yang sama, beliau ditenangkan oleh para pendokong Islam bahawa dia telah melindungi maruah mahkamah Islam. Tetapi dalam berbuat demikian, dia akhirnya akan menjejaskan kuasa yang terletaknya hak di mahkamah sivil oleh Perlembagaan untuk membuat pengumuman dan tafsiran yang mengikat kesahihan undang-undang di negara ini. Maka, sekarang kita mempunyai sistem dwi dan selari (atau lumpuh) di mana sistem yang mana pemimpin kemerdekaan kita tidak pernah berniat untuk memilikinya.
Janganlah lupa bahawa Anwar juga sebahagian daripada Kabinet yang memecat bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abas dan rakan-rakan. Anwar tetap berpesong menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tahanan bagi pencegahan, sekurang-kurangnya sehingga dia sendiri dipecat pada tahun 1998. Sekiranya anda menjadi reformis hanya kerana alasan peribadi, perubahan itu tidak akan menjadi. Ia tidak menghairankan bahawa beliau kini menyokong undang-undang hudud, dia akan menyokong apa-apa, walaupun idea yang paling tidak masuk akal, selagi dia berfikir dia akan membawa dirinya sendiri dekat kepada kuasa yang diidam-idamkannya.
Mari kita lupakan tentang Anwar dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih relevan dan penting kepada kita semua. Marilah bekerja bersama-sama untuk memastikan Kerajaan melaksanakan gaji minima tahun depan, bagi meringankan beban mereka yang bergaji rendah dalam beberapa sektor. Mari kita menentang dasar-dasar kredit mudah bank-bank dan institusi-institusi kerajaan yang berkecamuk, dan yang hanya menyebabkan hutang yang teruk di kalangan keluarga Melayu dan India. Marilah kita pastikan Syarikat Penerbangan MAS milik negara kita terus berdaya maju dengan pengawasan Air Asia. Mari bekerjasama untuk memastikan Menteri Pertanian kita memulakan pembaharuan untuk memastikan keselamatan makanan untuk negara. Harga makanan semakin meningkat, penafian rakyat Malaysia untuk memperolehi air bersih yang boleh diminum serta kekurangan perumahan bagi penduduk bandar yang ramai dan banyak GLC yang kita terpaksa memantau. Perkara-perkara yang disebutkan itu merupakan perkara yang sepatutnya pihak pembangkang berikan tumpuan yang lebih. Perkara-perkara tersebut bukanlah sesuatu yang glamor, tetapi ia adalah penting.
*Tulisan ini dipetik dari blog Zaid Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.