(Oleh: Sidiqin Omar)
SHAH ALAM: Isu Mat Indera yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, menarik minat terhadap sejarah di kalangan rakyat Malaysia.
Demikian dinyatakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Mohamad Abu Bakar yang menganggap tafsiran berhubung kemerdekaan dan pejuangnya tidak bersifat mutlak kepada mana-mana pihak.
Dengan menggunakan istilah Sabuisme, Mohamad berkata, polemik berhubung isu kemerdekaan adalah ‘kontroversi yang amat sihat’.
“Sabuisme melonjakkan minat sejarah di kalangan rakyat Malaysia. Ini tidak akan berlaku tanpa penekanan bertubi-tubi oleh sesetengah pihak.
“Penggalian sejarah adalah proses berterusan. Jika Mat Indera dahulunya dianggap sebagai pengkhianat, tetapi tidak pada hari ini.
“Ini peranan kita untuk mempestakan sejarah sebagai proses peradaban membentuk negara bangsa,” katanya pada ‘Forum Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula’ anjuran Karangkraf di Auditorium kumpulan media itu di Shah Alam, hari ini.
Kira-kira 300 hadir pada forum yang turut membariskan ahli panel termasuk sejarawan Dr Ramlah Adam dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan dikendalikan pengacara RTM Syed Munawwar.
Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution yang turut diundang sebagai ahli panel menggunakan analogi acara larian 4×100 meter bagi menggambarkan peranan pejuang kemerdekaan.
“Masalahnya ialah pemegang ‘baton’ sekarang, iaitu kerajaan pada hari ini masih mahu menggunakan konotasi yang hodoh terhadap pejuang kemerdekaan yang melawan penjajah British.
“Jika ini polemik yang sihat, sepatutnya tiada yang ditangkap atau didakwa dimahkamah.
“Justeru, menjadi tugas kerajaan membersihkan nama, menghentikan (polemik) dan jujur terhadap fakta. Apa yang membezakan hanyalah intrepretasi terhadap sejarah,”
“Kita perlu kembali ke pangkal, iaitu peranan ‘pelari’ pertama yang membawa ‘baton’ perjuangan,” jelasnya.
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.