MerdekaReview mengorak langkah baru apabila memperkenalkan plan langganan bersama edisi bahasa Cina Malaysiakini - dalam usaha kami untuk melanjutkan hayat. Plan langganan ini memperkenalkan beberapa pakej, membolehkan pembaca untuk melayari kedua-dua laman media bahasa Cina dengan hanya satu harga bayaran.

Ini kerana pembaca cenderung untuk melayari laman media percuma, maka kedua-dua MerdekaReview dan Malaysiakini (edisi bahasa Cina) akan berdepan dengan persaingan sengit antara satu sama lain seandainya plan langganan tidak dibuat serentak, atau dibuat secara berasingan.

Kira-kira 200 orang menghadiri majlis pelancaran plan langganan tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam, menyambut baik plan tersebut. Selain Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan, turut hadir untuk memeriahkan majlis termasuklah Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor Tang Ah Chai dan bekas tahanan EO Choo Chon Kai, yang juga ahli panel dalam forum sempena majlis perlancaran.

Penghargaan kepada pembaca
Ketua Pengarang MerdekaReview, Chan Wei See sungguhpun gagal menghadirkan diri kerana sakit, mewakilkan editor edisi bahasa Malaysia MerdekaReview Lim Hong Siang untuk membacakan teks ucapannya. Chan Wei See merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembaca yang sanggup menderma ketika MerdekaReview berdepan dengan masalah kewangan pada akhir Mei 2011, membolehkan media ini untuk bertahan sehingga akhir tahun ini.

Chan Wei See juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Malaysiakini, yang mempunyai hubungan persaingan dengan MerdekaReview. Malaysiakini telah menghulurkan tangan kepada MerdekaReview melalui plan kerjasama ini, dengan harapan agar hayat MerdekaReview boleh dilanjutkan untuk lebih lama.
Bayar, atau terus diseksa rejim zalim
Dalam forum yang diadakan sempena pelancaran plan ini, Tang Ah Chai menggesa agar orang ramai menyokong plan tersebut. Tang Ah Chai berkata, kita mungkin menjimat beberapa ratus ringgit dengan tidak melanggan media internet untuk informasinya, namun kita perlu membayar harga yang lebih besar di sebaliknya, iaitu diseksa regim yang korup dan zalim untuk 30 atau 50 tahun seterusnya.
Perbandingan sedemikian membuatkan dirinya lebih sanggup untuk membayar wang tersebut, supaya membebaskan diri daripada regim yang korup, kata Tang Ah Chai (gambar kanan) yang mengiktiraf sumbangan MerdekaReview dan Malaysiakini dalam perjuangan menuntut ruang demokrasi dan kebebasan.
Tang Ah Chai berkongsi pengamatannya, bahawa 9 Julai 2011 melahirkan satu lapisan generasi yang bangga dengan dirinya kerana terlibat dalam gerakan membuka ruang demokrasi, berbeza dengan zaman dahulu yang diselubungi dengan ketakutan. Justeru itu, beliau menyeru agar pembaca menyokong plan langganan ini, dan berasa bangga kerana menjadi pelanggan kedua-dua media internet ini.
Teng Chang Khim: Bukan monopoli
Ketika berucap, Teng Chang Khim menyanggah tuduhan sesetengah pihak bahawa plan ini ibarat usaha kedua-dua MerdekaReview dan Malaysiakini untuk memonopoli media "internet".
"Bukan monopoli namanya jikalau membayar satu harga untuk melayari dua media internet. Seandainya sesebuah syarikat mengambil-alih tiga syarikat yang lain, dan kamu terpaksa membayar empat harga untuknya, barulah itu dipanggil monopoli!" Kata-kata Teng Chang Khim (gambar kiri) dibalas dengan tepukan dan sorakan.
Teng Chang Khim sebelum ini menjadi "sasaran" empat akhbar Cina di bawah Media Chinese International Limited, berikutan kritikan beliau bahawa "tahap penguasaan bahasa Cina" wartawan akhbar semakin menurun. dewasa ini Beliau dikritik hebat, malah tidak diberi liputan sebelum ini ekoran kenyataan tersebut. Empat akhbar Cina utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Sinchew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Guang Ming Daily kini di bawah Media Chinese International Limited, yang dikuasai tycoon Sarawak, Tiong Hiew King.
Bayar, atau terus diseksa rejim zalim
Dalam forum yang diadakan sempena pelancaran plan ini, Tang Ah Chai menggesa agar orang ramai menyokong plan tersebut. Tang Ah Chai berkata, kita mungkin menjimat beberapa ratus ringgit dengan tidak melanggan media internet untuk informasinya, namun kita perlu membayar harga yang lebih besar di sebaliknya, iaitu diseksa regim yang korup dan zalim untuk 30 atau 50 tahun seterusnya.
Tang Ah Chai berkongsi pengamatannya, bahawa 9 Julai 2011 melahirkan satu lapisan generasi yang bangga dengan dirinya kerana terlibat dalam gerakan membuka ruang demokrasi, berbeza dengan zaman dahulu yang diselubungi dengan ketakutan. Justeru itu, beliau menyeru agar pembaca menyokong plan langganan ini, dan berasa bangga kerana menjadi pelanggan kedua-dua media internet ini.
Teng Chang Khim: Bukan monopoli
Ketika berucap, Teng Chang Khim menyanggah tuduhan sesetengah pihak bahawa plan ini ibarat usaha kedua-dua MerdekaReview dan Malaysiakini untuk memonopoli media "internet".

Teng Chang Khim sebelum ini menjadi "sasaran" empat akhbar Cina di bawah Media Chinese International Limited, berikutan kritikan beliau bahawa "tahap penguasaan bahasa Cina" wartawan akhbar semakin menurun. dewasa ini Beliau dikritik hebat, malah tidak diberi liputan sebelum ini ekoran kenyataan tersebut. Empat akhbar Cina utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Sinchew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Guang Ming Daily kini di bawah Media Chinese International Limited, yang dikuasai tycoon Sarawak, Tiong Hiew King.

sumber : Merdeka Review
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.