21 Sept 2011

AMK Selangor desak SPR jawab dakwaan 60,000 IC palsu oleh Wikileaks

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli | Sep 21, 2011 03:17:09 pm

Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Wikileaks yang mendakwa bahawa pihak UMNO dan Barisan Nasional telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mengeluarkan 60,000 kad pengenalan palsu adalah amat merisaukan.  Dakwaan ini adalah dakwaan berat yang boleh memberikan kesan besar kepada keselamatan Negara dan masa depan rakyat Malaysia khususnya penduduk di Sabah.

Masalah pendatang asing yang kemudiannya menjadi warga Negara Malaysia di Sabah mengundang masalah sosial dan ekonomi yang besar di Sabah.  Penduduk tempatan yang berhadapan dengan masalah keselamatan akibat tingginya kadar jenayah dan masalah pendapatan akibat daripada lambakan pendatang asing ini mewujudkan persaingan serta merampas peluang pendapatan penduduk tempatan.

Jika benar dakwaan yang dikeluarkan laman sesawang Wikileaks ini, adalah tidak mustahil pihak UMNO-Barisan Nasional akan menggunakan lagi metod ini bagi mendepani Pilihanraya Umum akan datang.  Ini juga berkait rapat dengan pendedahan laman rasmi Perdana Menteri Bangladesh bahawa terdapat rakyatnya yang diberi kerakyatan Malaysia dengan syarat mengundi UMNO-Barisan Nasional.

Ini secara jelas adalah pengkhianatan kepada Negara dan bercanggah dengan Perlembagaan.  Justeru Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya membuat penjelasan bagi dakwaan ini.

*Kenyataan media oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.


sumber : Merdeka Review

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.