KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis
terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai
profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang
berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai
kebebasan.
"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang
bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka.
Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi
tidak perlu menggunakan kekerasan pun.
"Tak perlu suraikan
mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri
tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Insiden
malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik
Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala
manakala 20 mahasiswa ditahan.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Mahfuz
berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya
hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan
kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.
"Apa
yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda
terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan
anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan
akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.
Sehubungan
itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan
jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.
"Saya minta KDN
dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya
mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.
Sementara
itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk
orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut
mahasiswa dibebaskan segera.
Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi
yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir
menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.
"Kami bersama
mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa
yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.