KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat
dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.
17
mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai
polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis
Slim River.
Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).
Insiden
malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik
Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi
cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Mereka ditahan
secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan
Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) malam tadi.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.