KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan
mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan
memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka
sebagai satu tindakan yang bersifat ‘kebinatangan’ dan terkeluar dari
norma manusia beragama.
“Tindakan tidak berperikemanusiaan dan
lebih kepada kaedah ‘kebinatangan’ dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa
dan anak muda ini,” katanya.
Menurutnya, polis perlu menghormati
peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil
dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.
“Jangan jadi budak hingusan kepada Umno BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.
“Berlaku adillah kepada semua pihak,” tegas beliau.
Beliau
turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang
sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.
“Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.
"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat,” ujarnya.
Tambah
beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai
golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.
Dalam
insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera
parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik
(BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim,
malam tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.