KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mahu Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada
di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat
membayar kos guaman.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata,
penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut
didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.
"Rakyat sedang
menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang
zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)?
Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.
Ketua
Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir,
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat
Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin
Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman
dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Meskipun
akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran
kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember
2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.
Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.
Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.
"Beliau
kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut
wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana
nila setitik , rosak susu sebelanga.
"Beliau tidak perlu
mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau
beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti
tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, "
katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik
Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman
beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan
bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum
ini.
Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua
Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:
-
Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman
dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.
-
Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar
menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun
akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima
geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula
kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses
‘pelarasan semula’.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.