KUALA LUMPUR, 30 Dis: Presiden
Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
mempersoal penerbitan akhbar '1SUARA' yang diedar percuma kepada warga
peneroka sejak November lalu.
Beliau mempersoal, dari mana
sumber kewangan diperolehi bagi menerbitkan akhbar yang mempunyai 32
muka surat dengan warnah penuh tersebut yang dipercayai menelan kos
yang sangat tinggi.
"Kita nak tahu siapa yang taja, ambil duit dari mana, berapa ribu kos habis," katanya kepada Harakahdaily.
Akhbar
khas '1SUARA' diterbitkan pihak tertentu dipercayai sebagai usaha
'menghasut' warga peneroka menyokong penyenaraian Felda Global Ventures
Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).
Dengan penerbitan dua kali sebulan, akhbar 1SUARA tersebut kini dipercayai sudah menerbitkan bilangan ketiga mereka.
Pada
edisi pertamanya untuk tarikh 15 Nov hingga 30 Nov, akhbar itu
menggunakan tajuk "Peneroka tertipu?" sebagai tajuk utama di muka depan
akhbar itu bersama petikan 'penjelasan' oleh Pengerusi Felda Tan Sri
Isa Samad.
Selain itu, muka depan akhbar itu juga meletakkan
gambar artis wanita Neelofa dengan tajuknya "Neelofa bercakap tentang
lelaki!" dipercayai untuk menarik pembaca mendapatkan naskhah akbar
tersebut.
Edisi pertama itu juga turut memuatkan temubual tiga muka surat bersama Isa.
Selain
menceritakan 'kebaikan' penyenaraian dan 'faedah' yang bakal dinikmati
peneroka, akhbar sama juga tidak ketinggalan memburukkan pihak yang
menghalang agenda penyenaraian itu.
Ianya termasuklah Presiden
Anak sendiri, Mazlan Aliman yang dilihat menjadi 'musuh nombor satu'
akhbar itu dipercayai kerana gerakan beliau meyakinkan penoroka bagi
membantah penyenaraian tersebut.
"Saya tidak kisah mereka nak
hentam saya guna akhbar ini. Saya dapat maklumat terbitan terbaru akan
datang sarat dengan kecaman terhadap Anak dan saya.
"Bagi saya, lagi mereka hentam lagi banyak yang saya akan dedahkan," kata Mazlan mengulas perkara itu. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.