KUALA LUMPUR, 30 Dis:
Pemimpin Pakatan Rakyat sedia bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Zahid Hamidi bila-bila masa kerana banyak perkara yang mereka ingin
tanyakan berhubung pembelian kelengkapan pertahanan negara.
Menjawab
pelawaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada
pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan
soal-soal pertahanan negara, mereka setuju untuk bertemu.
Anggota parlimen (AP) Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar)
berkata beliau, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan anggota
Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad adalah ‘lebih daripada bersedia’
untuk mendengar penjelasan beliau dalam beberapa pembelian pertahanan
yang terlampau mahal.
Menjawab pelawaan Zahid, Pua berkata
Menteri Pertahanan juga harus menjawab pembeliaan 257 APV (kereta tempur
berperisai) pada harga RM7.55 bilion. Sebelum ini, Zahid berkata beliau
tidak tahu apa-apa mengenai pembelian tersebut.
Lebih mencabar,
Pua juga mendesak supaya Zahid memberikan jaminan bahawa kementeriannya
adalah terbuka kepada ketelusan dan memberikan jawapan mengenai
keengganan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa parlimen to
memantau dan memeriksa pembelian peralatan pertahanan yang
dicadangkannya.
“Jika kementerian tersebut tidak sudi untuk
dipantau oleh parlimen, badan legislatif negara, maka Zahid tidak hak
untuk bercakap mengenai ketelusan,” kata Pua.
Terdahulunya, Pua
mengesan kenaikan sebanyak 50 peratus, daripada RM6 bilion ke RM9
billion dalam pembelian harga kapal perang pesisir pantai (LCS) melalui
pengumuman penerima tender pembinaan enam LCS Boustead Naval Shipyard
(BNS) di Bursa Malaysia.
Pada bulan Februari yang lalu, Zahid
sendiri yang mempertahankan pembelian LCS pada harga RM6 billion selepas
Pua mendedahkan bahawa harga tersebut terlalu mahal.
Namun,
tanpa meneliti kenyataan Pua, Zahid masih mencabar beliau untuk
mengemukakan bukti dan menyoal “siapa yang memberikan bayangan bahawa
harga pembelian LCS sudah meningkat” dan “Di mana beliau mendapat angka
tersebut? Daripada Kua Kia Soong, bekas AP DAP?”.
Pada pendapat Zahid, pembangkang seharusnya tahu bahawa harga LCS yang mahal disebabkan kapal itu akan dibina di Malaysia.
"Harga
itu juga termasuk nilai tambah seperti offset program, pemindahan
teknologi dan tambahan pula harga kapal tidak tetap kerana ia belum
termasuk harga sub sistem pada satu-satu kapal," katanya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.