KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari
menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari).
“Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan
kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas
Umno.
“Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau
juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri
gagal, Sahol umpama ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan’,” kata Najwan
Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media
hari ini.
Sebelum ini, Sahol memberi amaran kepada mahasiswa UiTM supaya tidak
menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 tetapi dilihat menyokong
demonstrasi mahasiswa di Putrajaya yang kononnya menyokong kepimpinan
Perdana Menteri.
Najwan berkata, kenyataan Sahol yang dimuat naik di twitternya cukup
mengejutkan kerana secara terbuka menzahirkan kecenderungan politiknya
terhadap Umno.
“Pada 11 Disember 2011, akaun twitter Sahol memapar kenyataan bertulis: UMNO dan UiTM Sentiasa di Hati,” katanya.
AMK difahamkan mahasiswa UiTM atas arahan Sahol dikerah ke Putrajaya
bagi menyertai perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak
yang didalangi mahasiswa Aspirasi pro-Umno.
Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa
kerajaan menghentikan tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno
sebagai terdesak kerana takut dengan kelompok mahasiswa.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kebangkitan mahasiswa apabila mereka berdemonstrasi untuk menuntut kebebasan akademik.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.