(Sebahagian penyokong PAS, PKR dan DAP yang memenuhi majlis makan malam anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Sarawak di Miri)
MIRI, 30 Dis: Pakatan Rakyat Sarawak mensasarkan 10
kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dan dua darinya dari
daerah Miri sahaja.
Sasaran ini diluahkan dalam majlis penerangan PAS Pusat yang datang ke Sarawak minggu ini.
Melihat
perkembangan dan sokongan yang semakin meningkat naik di kawasan
parlimen Miri dan Sibuti, adalah tidak mustahil kedua dua Parlimen ini
jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Parlimen yang
dijadualkan tidak lama lagi.
Bersempena program penerangan PAS
Pusat bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak selama 2 hari bermula
Rabu 28 Disember lalu, lebih 12 pimpinan PAS Pusat turun menjelajah
setiap Parlimen yang menjadi sasaran bagi PAS Sarawak.
Di
Bahagian Miri, yang terletaknya dua Parlimen, Miri dan Sibuti, Timbalan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar dan AJK PAS Pusat,
Ustaz Idris Ahmad telah mengetuai misi di sini.
Sebaik tiba di
Miri pada petang Rabu lepas, satu majlis makan malam Pakatan Rakyat
anjuran bersama Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Miri dan Sibuti dan
Sekretariat Pakatan Rakyat Miri di Eastwood Valley, Jalan Miri-Bintulu
diadakan.
Kehadiran mencecah 400 orang dengan hampir 40 buah meja terjual.
Pimpinan
yang hadir termasuk, Naib Presiden DAP merangkap Ahli Parlimen Kuching,
Chong Chien Jen dan Cikgu Badrul Shahrin atau lebih dikenali Chegu
Bard.
Pimpinan tempatan termasuk YDP PAS Miri, Tuan Haji Jofri dan Alan Ling dan Fong dari DAP serta pimpinan PKR turut serta.
Dalam
majlis itu menyaksikan pimpinan di semua peringkat telah menyatakan
bahawasanya misi Pilihanraya ke 13 adalah pertentangan antara haq dan
batil selain ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus dalam muafakat
politik bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.
Kegagalan Taib
Mahmud untuk menunaikan janji untuk berundur bakal membangkitkan lagi
sentimen anti Barisan Nasional, seterusnya melakar perubahan bersejarah
dagi Pakatan Rakyat.
Dengan sasaran sekurang kurangnya 10 kerusi
Parlimen dari sejumlah 31 Parlimen Sarawak, Pakatan Rakyat berkira kira
Parlimen Miri dan Sibuti yang kini dipegang oleh Barisan Nasional bakal
jatuh ketangan PR sekiranya sistem pilihanaraya tidak dicemari
penipuan.
Ia bakal berjaya dengan syarat gerakerja sepakat dan
kuat antara ketiga tiga parti komponen PR di Miri dan Sibuti ini, kata
mereka.
Pada
malam tersebut Dana PRU 13 telah dilancarkan dan Datuk Seri Nizar juga
melancarkan Buku Negara Berkebajikan tawaran PAS yang mendapat sambutan
menggalakkan dari para hadirin.
(Nizar melancarkan buku Negara Berkebajikan yang diterbitkan PAS)
Program
sebelah pagi dan petang Khamis yang diatur pula melibatkan pertemuan
dengan pengundi dan program kebajikan di sekitar Pasar Tamu di Miri,
Permyjaya dan Sibuti turut membuktikan pernerimaan PAS sebagai satu
daripada elemen terpenting Pakatan Rakyat di Sarawak.
Walaupun program cuba dihalang pihak berkuasa dengan mengugut pengundi sekitar, namun semuanya berjalan lancar.
Pada
malam sebelum keberangkatan pulang, kedua-dua pimpinan telah memberikan
taujihat kepada semua petugas PAS Kawasan Miri dan Sibuti dalam
memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan
datang. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.