KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bersyukur dan amat menyambut
baik keputusan pertemuan mahabbah untuk menyelesaikan perbezaan
pandangan di dalam parti yang diadakan baru-baru ini dengan semangat
ukhuwwah yang tinggi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan antara
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk
Dr Haron Din, Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang
diadakan di Kelantan, Selasa lalu.
“Amalan memohon kemaafan amat dituntut dan digalakkan oleh ajaran
Islam, terdapat dalam satu hadis yang menceritakan kelebihan orang yang
meminta maaf, Allah SWT amat menyayangi mereka yang melakukan
keterlanjuran kemudian kembali kepada Allah SWT.
“Kedudukan mereka sangat istimewa di sisi Allah SWT berbanding mereka
yang enggan melakukan tindakan sedemikian rupa,” tegas beliau ketika
dihubungi semalam.
Menurut beliau lagi, memandangkan kemelut tersebut telah selesai dan
kedua-dua tokoh tersebut telah menjelaskan kepada kepimpinan tertinggi
parti, maka sebaiknya tidak perlu lagi diambil tindakan yang lain.
Ujar beliau yang juga Adun Manir, Terengganu, pihak parti juga perlu
melihat angkara siapa yang sebenarnya yang menjadi punca permulaan yang
menyebabkan kemelut itu tercetus sebagai pengajaran pada masa akan
datang. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.