(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 Nov: Jangankan 42,000 nama meragukan dalam daftar pemilih, satu nama sahaja dianggap cukup besar, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, bahawa 42,000 nama yang meragukan dalam daftar pemilih adalah kecil sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.
“Sebab itu pendirian kita jelas dan konsisten bahawa sebelum parlimen dibubarkan, tunaikan dulu kesemua lapan tuntutan Bersih,” katanya selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih berdaftar yang meragukan mulai 17 November hingga 31 Disember ini.
Senarai nama itu dipamer melalui laman web SPR dan laman web pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.
Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa daftar pemilih dibersihkan tanpa menunggu saranan Jawankuasa Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC).
Ini kerana katanya, pembersihan daftar pemilih merupakan tugas penting yang harus dilaksanakan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Anwar, sekiranya tiada pembersihan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, beliau bimbang senario yang berlaku menjelang PRU pada 1999 akan berulang.
“Pada waktu itu pemilih baru melebihi 680,000 dinafikan hak untuk mengundi,” kata Anwar dalam perbahasan di parlimen awal bulan ini.
Pembersihan daftar pemilih merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.