| KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam. “Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah  di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.
 
 Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk  menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam  hayat baginda.
 “Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada  Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada  Negeri Kedah.
 “Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.
 Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang  di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun  menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh  pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
 Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim  menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21  September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September  1975.
 Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
 Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak,  Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia  Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.
 Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
 | 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.