Berdasarkan kajian kami, kita mendapat maklumat berikut:
Belanjawan 2010
Bekalan air - RM 530 juta untuk 16,000 isi rumah
Bekalan elektrik - RM 825 juta untuk 30,000 isi rumah
Belanjawan 2011
Bekalan air dan elektrik:
RM 1.2 bilion untuk Sarawak
RM 1.5 bilion untuk Sabah
RM 556 juta untuk Semenanjung
Belanjawan 2012
Bekalan air - RM2.1 bilion untuk 200,000 isi rumah
Bekalan elektrik - RM1.1 bilion untuk 39,000 isi rumah

Pertamanya, Ketua Audit Negara patut melaksanakan audit keseluruhan bagi program bekalan air dan elektrik pedalaman untuk mengukur pencapaian sehingga kini.
Tambahan pula, terdapat juga beberapa aduan mengenai kekurangan penyelenggaraan. Sebagai contoh, panel-panel solar dilitupi dengan lumut disebabkan kekurangan penyelenggaraan selepas kontraktor memasangnya. Penghuni-penghuni (orang asli dan orang kampung) pula tidak tahu apa yang patut dibuat kerana mereka tidak dilengkapi dengan kebolehan untuk menyelenggara alat-alat ini.
Berdasarkan laporan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, hanya 20 daripada 28 mini hidro yang terdapat di Semenanjung Malaysia sedang berfungsi. Baki lapan masih dalam pelan pemulihan. Tiada laporan mengenai status mini hidro di Sabah dan Sarawak. Maka, ia adalah penting untuk kerajaan merekod dan memantau semua kerja-kerja yang dilakukan dengan teliti untuk memastikan program bekalan air dan elektrik pedalaman masih berfungsi dengan baik.
AWER ingin mencadangkan yang berikut untuk menambahbaik implementasi program-program ini:
(ii) Kos penyelenggaraan patut disertakan semasa implementasi;
(iii) Mendidik komuniti pedalaman untuk melakukan penyelenggaraan asas (ringkas). Ini jugadapat mewujudkan pekerja separuh mahir dalam komuniti ini;
(iv) Adalah penting untuk membenarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyelia dan memastikan program-program ini dilaksana dengan berkesan di seluruh Malaysia.
AWER berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan kami untuk memastikan program-program bekalan air dan elektrik pedalaman berjalan lancar dan telus.
*Kenyataan media oleh S.Piarapakaran (gambar kiri) selaku Presiden AWER.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.