 Muqaddimah
MuqaddimahUmur 60 tahun jika diukur dari umur persaraan seorang kakitangan awam menandakan seseorang itu berundur dari perjawatannya dan memasuki umur rehat atau pencen. Namun bagi PAS sebagai sebuah parti politik yang kuat ideologi politik Islamnya, umur 60 tahun hanyalah permulaan kepada era kecermelangan dan pengukuhan kedudukannya dalam persada politik tanahair. PAS tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengundur diri bahkan staminanya untuk berjalan 100 tahun lagi bukan sesuatu yang mustahil.
Bagi yang baru mengenali PAS, anda perlu bertanya apakah rahsia kekuatan PAS sehingga mampu bertahan sampai hari ini? Soalan ini penting untuk kita membuat satu bentuk penilaian memandangkan suasana dan ruang demokrasi tidaklah berapa selesa dalam konteks sebuah parti pembangkang. Kekangan dan keterbatasan serta sistem pilihanraya yang tidak telus tidak banyak membantu parti pembangkang seperti PAS untuk berkembang dengan sihat.
Namun di sebalik latar belakang tidak-mesra pembangkang PAS tetap muncul sebagai parti Islam yang disegani oleh kawan dan lawan. Tanyalah kepada ahli PAS , mereka akan mengatakan tali hayat yang senantiasa memberikan mereka nafas untuk hidup ialah dasar Islam yang PAS jadikan sebagai pegangan politiknya. Jika tanpa Islam, sudah lama PAS berkubur tanpa batu nesan dan menjadi bahan dalam lipatan sejarah.
Kekuatan PAS
Kenyataan di atas benar jika dibuat perbandingan dengan parti-parti pembangkang yang lain telah berkubur dengan berlalunya masa. Parti Negara, Parti Sosialis, Parti Buruh dan Semangat 46 semuanya hilang ditelan zaman sedangkan PAS yang lahir pada tahun 1951 dan muncul secara rasmi tahun 1953 terus mengukuhkan keberadaannya dalam politik negara.
 Islam  telah memberi kekuatan kepada organisasi PAS dalam segala maknanya,  bermula dari ideologinya, organisasinya, pembudayaan ahlinya dan isu  yang diperjuangkan semuanya memberi satu nilai tambah kepada  perjuangannya.  Apatah lagi sistem pentarbiyahan ahlinya yang meyakini  bahawa usaha mereka dengan parti adalah sebahagian daripada kebajikan  untuk menghambakan diri kepada Allah.
Islam  telah memberi kekuatan kepada organisasi PAS dalam segala maknanya,  bermula dari ideologinya, organisasinya, pembudayaan ahlinya dan isu  yang diperjuangkan semuanya memberi satu nilai tambah kepada  perjuangannya.  Apatah lagi sistem pentarbiyahan ahlinya yang meyakini  bahawa usaha mereka dengan parti adalah sebahagian daripada kebajikan  untuk menghambakan diri kepada Allah.Anda  perlu memahami bahawa PAS dan ahlinya bukan sahaja bergerak dalam  kitaran politik semata-mata tetapi ia adalah sebuah kehidupan dan ibadah  pada waktu yang sama.  Antara lagu yang berkumandang yang menjadi  siulan oleh ahli PAS dan kepimpinannya ialah, "bergeraklah ke medan  jaya, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga  nyata benarnya janji Rabbi" Ahli PAS juga terdidik dengan budaya memberi  kepada parti daripada menerima.  Itulah rahsia kegagahan PAS di umurnya  60 tahun hari ini.
Pencapaian PAS
PAS bermula dengan permulaan yang agak perlahan dari sudut kerusi yang dimenanginya. Bermula dengan kerusi Krian Laut yang dimenangi oleh calon PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada tahun 1955 (Federal Election), PAS tidak menoleh ke belakang lagi, Pilihanraya 1959 menyaksikan PAS menguasai Kelantan dan Terengganu dan menang beberapa kerusi Parlimen. Pilihanraya 1964 menyaksikan PAS melebarkan sayapnya ke Utara walaupun terpaksa melepaskan Terengganu pada tahun 1963. 1969 adalah prestasi terbaik PAS dengan penguasaan 15 kerusi Parlimen dan hampir merampas Perlis dan Kedah. Pilihanraya 1974, PAS menyertai BN dan terdedah pengalaman mentadbir negara, setelah gagasan Barisan Nasional diangkat menjadi wahana untuk negara terus ke hadapan dan meletakkan kepentingan nasional.
Pilihanraya 1978 menyaksikan PAS hampir malap dan kecundang dalam arena politik. Krisis kepimpinan PAS dan perancangan licik menjatuhkan PAS Kelantan menyebabkan keputusan PRU 1978 bagi PAS cahaya malap yang disambut oleh ahli PAS dengan kekecewaan. 1982 memburukkan lagi suasana apabila krisis PAS berada di kemuncaknya apabila Datuk Asri yang bertanggungjawab membawa PAS ke era kecemerlangan disingkir oleh ahli PAS sendiri.
Kebangkitan PAS
Episod malang ini cuba dipulihkan dengan innovasi dan penjelmaan baru PAS yang kini menggelarkan dirinya sebagai Kepimpinan Ulamak di bawah kepimpinan Tuan Haji Yusof Rawa. Kebangkitan semula PAS dengan wajah baru ketika itu mengejutkan kawan dan lawan apabila gagasan kepimpinan baru digandingi oleh Fadhil Nor dan Haji Hadi Awang mencetus satu fenomena baru yang menarik minat generasi muda menyertai PAS.
 Dakian  gelombang kedua PAS ialah pada tahun 1990 apabila PAS berkolusi dengan  Semangat 46 dan berjaya merampas Kelantan.  PRU pada tahun 1995 dan  seterusnya 1999 membuka jalan kepada PAS untuk terus cemerlang apabila  menguasai 25 kerusi Parlimen di bawah kepimpinan Fadhil Nor.  2004  adalah tahun malang bagi pembangkang dan hanya pada tahun 2008 PAS  bersama rakan politiknya PKR dan DAP berjaya menguasai 83 kerusi  Parlimen di mana PAS menguasai 23 kerusi.

Masa depan PAS
Sejarah ringkas PAS yang diukur dari sudut pencapainnya dan kejayaan mentadbir Kelantan di bawah tokoh ikonik Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah dokumen penting untuk kita memahami susur galur dan liku liku yang dilalui oleh PAS. Satu soalan yang mendesak jawapan kepada pemerhati politik, apakah PAS mampu bertahan lagi? Bagaimankah nasibnya pada perkembangan lanskap dan kematangan politik tanahair, mampukah PAS terus bernyawa?
Keseimbangan yang bijak
Jawapannya adalah di dalam satu kebijaksanaan politik yang mesti diterokai oleh PAS, iaitu keseimbangan antara menyahut perkembangan semasa dan kemampuannya mengekalkan prinsip Islam yang menjadi raison de tere perjuangannya. Jika kita melihat perkembangan PAS dari sudut mengekalkan kedudukannya, PAS telah membuat satu penjenamaan semula selepas krisis zaman Datuk Asri dengan gagasan kepimpinan ulamak dan berjaya bangkit dari kemungkinan pupus secara organisainya.
 Gagasan  itu telah membawa PAS ke era kecemerlangannya, namun tabiat garisan  lekuk teori pembelajaran mengandaikan PAS akan berada pada titik garisan  tepu dan akan menurun, bukankah sudah tiba masanya PAS mencipta lekuk  baru?  Lekuk baru ini penting untuk PAS terus kekal bersaing, apatah  lagi lambaian tuntutan masyarakat sivil yang semakin kuat mendesak  perubahan besar-besaran lanskap politik negara.  Isu Islam semakin  mendesak supaya PAS mengolahnya dalam paradigma baru, persaingan dengan  UMNO yang mahu dilihat lebih Islamik dari PAS hari ini menuntut PAS  menghadapinya dengan sikap yang lebih terbuka dan dinamik.

Aspirasi nasional
Kini setelah 60 tahun tembok halangan yang selama ini memisahkan PAS dengan masyarakat bukan Islam telah berjaya diatasi. Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah satu epidod baru tersenarai dalam pencapaian organsiasi PAS. Bakal calon bukan Islam yang akan bertanding atas tiket PAS adalah sesuatu yang menarik untuk disaksikan dalam PRU 13 nanti. Perlebaran ke Sabah dan Sarawak akan menjadikan PAS benar-benar menjadi parti beraspirasikan nasional. Cakap-cakap ke Putrajaya bersama rakan Pakatannya membuktikan PAS bukan parti kampungan dan tok lebai. Ia satu kuasa pencatur politik tanahair yang tidak boleh dipandang enteng oleh kawan dan lawan. Dengan umurnya mencecah 60 tahun hari ini, apa lagi yang boleh dikatakan pada PS melainkan, Selamat Berjuang!
 "Selamatlah  Parti Islam Melangkah, membimbing umat ke medan siyasah, Berpandukan Al  Quran dan Sunnah, Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...." (lirik lagu  bersatulah kaum muslimin, lagu rasmi PAS)

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS merangkap ahli parlimen Parit Buntar.

Dakian  gelombang kedua PAS ialah pada tahun 1990 apabila PAS berkolusi dengan  Semangat 46 dan berjaya merampas Kelantan.  PRU pada tahun 1995 dan  seterusnya 1999 membuka jalan kepada PAS untuk terus cemerlang apabila  menguasai 25 kerusi Parlimen di bawah kepimpinan Fadhil Nor.  2004  adalah tahun malang bagi pembangkang dan hanya pada tahun 2008 PAS  bersama rakan politiknya PKR dan DAP berjaya menguasai 83 kerusi  Parlimen di mana PAS menguasai 23 kerusi.Masa depan PAS
Sejarah ringkas PAS yang diukur dari sudut pencapainnya dan kejayaan mentadbir Kelantan di bawah tokoh ikonik Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah dokumen penting untuk kita memahami susur galur dan liku liku yang dilalui oleh PAS. Satu soalan yang mendesak jawapan kepada pemerhati politik, apakah PAS mampu bertahan lagi? Bagaimankah nasibnya pada perkembangan lanskap dan kematangan politik tanahair, mampukah PAS terus bernyawa?
Keseimbangan yang bijak
Jawapannya adalah di dalam satu kebijaksanaan politik yang mesti diterokai oleh PAS, iaitu keseimbangan antara menyahut perkembangan semasa dan kemampuannya mengekalkan prinsip Islam yang menjadi raison de tere perjuangannya. Jika kita melihat perkembangan PAS dari sudut mengekalkan kedudukannya, PAS telah membuat satu penjenamaan semula selepas krisis zaman Datuk Asri dengan gagasan kepimpinan ulamak dan berjaya bangkit dari kemungkinan pupus secara organisainya.
 Gagasan  itu telah membawa PAS ke era kecemerlangannya, namun tabiat garisan  lekuk teori pembelajaran mengandaikan PAS akan berada pada titik garisan  tepu dan akan menurun, bukankah sudah tiba masanya PAS mencipta lekuk  baru?  Lekuk baru ini penting untuk PAS terus kekal bersaing, apatah  lagi lambaian tuntutan masyarakat sivil yang semakin kuat mendesak  perubahan besar-besaran lanskap politik negara.  Isu Islam semakin  mendesak supaya PAS mengolahnya dalam paradigma baru, persaingan dengan  UMNO yang mahu dilihat lebih Islamik dari PAS hari ini menuntut PAS  menghadapinya dengan sikap yang lebih terbuka dan dinamik.
Gagasan  itu telah membawa PAS ke era kecemerlangannya, namun tabiat garisan  lekuk teori pembelajaran mengandaikan PAS akan berada pada titik garisan  tepu dan akan menurun, bukankah sudah tiba masanya PAS mencipta lekuk  baru?  Lekuk baru ini penting untuk PAS terus kekal bersaing, apatah  lagi lambaian tuntutan masyarakat sivil yang semakin kuat mendesak  perubahan besar-besaran lanskap politik negara.  Isu Islam semakin  mendesak supaya PAS mengolahnya dalam paradigma baru, persaingan dengan  UMNO yang mahu dilihat lebih Islamik dari PAS hari ini menuntut PAS  menghadapinya dengan sikap yang lebih terbuka dan dinamik.Aspirasi nasional
Kini setelah 60 tahun tembok halangan yang selama ini memisahkan PAS dengan masyarakat bukan Islam telah berjaya diatasi. Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah satu epidod baru tersenarai dalam pencapaian organsiasi PAS. Bakal calon bukan Islam yang akan bertanding atas tiket PAS adalah sesuatu yang menarik untuk disaksikan dalam PRU 13 nanti. Perlebaran ke Sabah dan Sarawak akan menjadikan PAS benar-benar menjadi parti beraspirasikan nasional. Cakap-cakap ke Putrajaya bersama rakan Pakatannya membuktikan PAS bukan parti kampungan dan tok lebai. Ia satu kuasa pencatur politik tanahair yang tidak boleh dipandang enteng oleh kawan dan lawan. Dengan umurnya mencecah 60 tahun hari ini, apa lagi yang boleh dikatakan pada PS melainkan, Selamat Berjuang!
 "Selamatlah  Parti Islam Melangkah, membimbing umat ke medan siyasah, Berpandukan Al  Quran dan Sunnah, Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...." (lirik lagu  bersatulah kaum muslimin, lagu rasmi PAS)
"Selamatlah  Parti Islam Melangkah, membimbing umat ke medan siyasah, Berpandukan Al  Quran dan Sunnah, Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...." (lirik lagu  bersatulah kaum muslimin, lagu rasmi PAS)*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS merangkap ahli parlimen Parit Buntar.
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.