KUALA LUMPUR, 8 Okt: Belanjawan 2012 yang dibantang perdana menteri semalam dilihat lebih mementingkan pihak korporat berbanding rakyat kebanyakan.
Mempersoal  fokus belanjawan itu Datuk Mahfuz Omar berkata, korporat-korporat  gergasi di Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) mendapat  pelepasan cukai, namun rakyat bawahan dan miskin yang guna telefon  prabayar tidak dapat pelepasan cukai jualan.
Dalam ulasan awalnya  terhadap Belanjawan 2012 yang disifatkannya sebagai "belanjawan sedap  sekali sahaja" sebagai gula-gula Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi  pilihan raya umum akan datang, Mahfuz berkata, rakyat bawahan dan miskin  terus menjadi golongan tertindas yang disasarkan bebanan cukai dalam  belanjawan itu.
Menurut beliau, seperti gula-gula sekali bagi  sahaja, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah  memang mendapat bantuan RM500 tetapi selepas itu mereka terpaksa  membayar pelbagai cukai kepada kerajaan seperti cukai barangan dan  perkhidmatan (GST) dan lain-lain cukai.
"Dapat habuan sekali  sahaja menjelang pilihan raya tetapi bila BN menang pilihan raya nanti,  kena bayar balik hari-hari termasuklah GST.
"Contohnya, cukai  jualan enam peratus kepada pengguna telefon prabayar tetap dikenakan  kepada rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang  miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.
Link
"Memang  sekarang syarikat telekomunikasi tangguhkan sebentar perlaksanaan cukai  itu ke atas rakyat yang menggunakan perkhidmatan tersebut, tetapi  selepas pilihan raya nanti adakah mereka sanggup tanggung lagi cukai  enam peratus itu?" kata Mahfuz.
Walaupun beliau tidak  mempersoalkan pelepasan cukai kepada korporat-korporat besar di dalam  belanjawan itu, seperti firma-firma di KLFID, tetapi Ahli Parlimen Pokok  Sena itu kesal dengan belanjawan yang begitu jelas menutup kedua-dua  belah mata terhadap langkah melaksanakan pelepasan cukai kepada rakyat  bawahan.
"Memang nampak kononnya macam mesra sangat, maklumlah  (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sendiri tak halang  kita labelkan belanjawan itu sebagai "belanjawan pilihan raya".
"Tetapi,  bukan sahaja inflasi yang semakin meningkat tidak kelihatan ditangani  secara jujur dan bersungguh-sungguh oleh 'belanjawan sedap sekali' itu,  malah belanjawan itu dengan jelas membuktikan bahawa tidak pernah  terpadam keghairahan berapi-api BN untuk memaksakan pelbagai cukai  kepada rakyat.
"Jangan lupa, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib  (Tun Razak) telah menyatakan secara terus-terang keinginan kerajaan BN  yang diketuainya untuk memaksakan GST selepas pilihan raya," katanya.
Mahfuz  menyifatkan kerajaan BN seperti kecanduan untuk menyasarkan rakyat  dengan bebanan cukai walaupun kutipannya tidak sebanyak mana.
"Umpamanya  cukai jualan kepada rakyat bawahan dan miskin yang menggunakan telefon  prabayar, saya difahamkan jumlah kutipannya tidaklah sampai RM1 bilion  setahun, tetapi kerajaan nak gasak juga cukai itu sedangkan pada masa  yang sama subsidi kepada syarikat penjana tenaga bebas (IPP) yang  dilaporkan menjulang tinggi sehingga RM19 bilion tidak pula diusik.
"Begitu  juga, kes-kes saman syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk  Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta kepada orang kaya seperti Tan Sri  Tajuddin Ramli yang melibatkan jumlah wang yang sangat besar boleh pula  diarah bagi pihak Perdana Menteri supaya ditarik balik, tapi cukai  jualan kad telefon prabayar kepada rakyat bawahan dan miskin tetap  hendak dipaksakan oleh kerajaan BN," katanya.
Beliau meminta rakyat jangan tertipu dengan belanjawan yang "sedap hanya sekali sahaja tetapi azabnya sampai ke mati" itu.
sumber : Harakah Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.