KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang
dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap
mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan
bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa
Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan
memberi ancaman kepada ketenteraman awam.
“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan,
tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan
bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan
bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus
dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan
autonomi di institusi pengajian tinggi.
“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”
“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap
kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik
dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan
semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut
Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan
kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.
Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI
hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17
Disember lalu.
Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.