KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan
asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang
zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang
kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan
Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin
Hussain, sebagai responden.
“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain
menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang
menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya
menerima zakat,” katanya.
Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka
yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam,
Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang
muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).
Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama
Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan
mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan
yang layak menerima zakat.
Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.
“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti
mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.
“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau
kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat
balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.