KUALA LUMPUR, 22 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat
Malaysia mengambil sikap positif di atas isu yang membabitkan mantan
timbalan dan naib presiden, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali.
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, isu yang hangat
dibincangkan dalam media arus perdana akan dapat diselesaikan dengan
penuh hikmah oleh pimpinan yang ingin melihat PAS akan terus menjadi
payung kepada rakyat yang amat yakin akan perjuangan yang telah dibawa
semenjak ia ditubuhkan.
Malah, katanya dengan merujuk kenyataan Nasharudin, Pemuda PAS yakin
akan pegangannya untuk terus bersama PAS yang telah lama menjadi wadah
perjuangannya sehingga kini.
“Dan kami harapkan Nasharudin akan terus memainkan peranan penting untuk perkembangan PAS di seluruh tanah air kelak.
Bagi isu Hasan pula, ujarnya pihaknya yakin dengan melihat pandangan
pelbagai pimpinan PAS dan beliau sendiri sebelum ini akhirnya akan
membuahkan satu penyelesaian yang terbaik kelak.
“Dan kami penuh yakin pimpinan PAS dan parti PAS sebagai wadah selama
ini mampu keluar daripada kemelut yang sengaja ditimbulkan.
“Kami sekali lagi yakin apa yang diperkatakan di dalam kedua-dua isu
tersebut ingin melihat PAS terus maju dan menjadi wadah keyakinan buat
rakyat bagi menggantikan Umno di masa hadapan,” ujarnya kepada
Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun pelbagai isu dalaman yang ada, PAS akan terus
diperkasa di persada tanah air tanpa terhenti seperti mana yang kini
berlaku kepada Umno yang hampir dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.