23 Dec 2011

PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu

PAS kembalikan kedaulatan Islam di TerengganuMARANG-Pemerintahan kerajaan Islam Terengganu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abdin (III) telah dikembalikan ketika kerajaan PAS memerintah negeri ini tahun 1999-2004.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang Islam yang digubal di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) bukti Islam pernah berdaulat di negeri Terengganu.
Katanya, Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk itu berlaku di zaman Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran baginda.
Menurutnya, baginda mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu.
“Perlembagaan Negeri Terengganu Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau.
“Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu. Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk itu nama Perlembagan Negeri Terengganu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas mengenai undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk di zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin (III) di kediamannya, Rusila pagi tadi.
Menurutnya, dalam undang-undang negeri tersebut dicatatkan Terengganu sebuah negeri Islam yang dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam.
Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Terengganu tahun 1999-2004 menjelaskan kerajaan PAS Terengganu berjaya mengembalikan semula kedaulatan Islam di negeri ini.
Menurutnya, kemenangan besar PAS yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999 telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu.
Katanya, kerajaan PAS Terengganu telah meminda perlembagaan negeri dengan meletakkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan aias sebagai hukum tertinggi negeri.
“Ini kita kembalikan semula kedaulatan Islam sebagaimana yang diasaskan oleh Nabi s.a.w. yang tidak sempat disempurnakan oleh Sultan Zainal Abidin (III). Jadi kita kembalikan semula dan menjadi tanggungjawab kita,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Katanya, ia merupakan suatu catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.
Hadir sama pada wawancara tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
-harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.