BESUT, 24 Dis:
PAS Terengganu menyifatkan Umno dan kerajan Barisan Nasional (BN)
Terengganu ketandusan isu serta menggunakan isu lapuk bagi menutup
kelemahan pentadbiran di negeri ini.
Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Husain Awang (gambar) berkata, Umno sengaja membangkitkan isu lama yang sudah tidak menjadi masalah tetapi sengaja meresahkan masyarakat umum.
Katanya, masyarakat Islam di negeri ini telah dapat menerima keadaan dua solat Jumaat dalam satu kariah.
“Umno sengaja membangkitkan isu ini untuk menghadapi pilihan raya
sedangkan isu ini telah lama selesai dan tidak menjadi masalah dalam
masyarakat setempat,” jelasnya.
Malah, katanya hampir kesemua masjid yang digunakan bagi solat Jumaat itu bukan terletak berdekatan dengan masjid kerajaan.
Menurutnya, masjid di Kampung Padang Landak yang dijadikan isu oleh
Umno terletak lebih satu kilometer dengan masjid kerajaan di Kampung Lak
Lok.
Manakala, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa
pemimpin Umno Terengganu memalu gendang berirama songsang bagi
mengheret rakyat.
Katanya, isu lapuk berkait dengan solat Jumaat berasingan dalam satu
kariah tidak timbul lagi kerana telah selesai ketika pemerintahan PAS
sebelum ini.
“Kita hairan di saat masyarakat umat Islam berada dalam keadaan
tenang dan harmoni untuk menghadapi pilihan raya, tiba-tiba Umno
Terengganu kembali memalu gendang berirama songsang.
“Mereka cuba mengheret rakyat berbicara sesuatu yang terpisah dari
realiti sebenar kerana isu solat Jumaat itu tidak timbul lagi di negeri
ini,” ujarnya.
Menurutnya, Umno sengaja menimbulkan isu sembahyang berasingan dalam
satu kariah dan solat dua imam sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah
akhbar harian pada 19 November lalu.
Katanya, laporan tersebut jelas berniat jahat apabila memaparkan
masjid di Kampung Padang Landak sebagai lokasi penyokong PAS melakukan
solat Jumaat berasingan.
Sedangkan, kata beliau itulah satu-satunya masjid di Kampung Padang Landak yang mengadakan solat Jumaat dalam kariah tersebut.
“Umno tidak wajar memberi gambaran yang salah apa lagi berbohong dalam melaporkan sesuatu hingga meresahkan masyarakat umum.
“Kita bimbang kebiasaan ini akan menjadi ‘style’ bicara mereka secara
bersahaja sehingga tidak dapat membezakan maklumat yang benar kepada
Tuanku Sultan Terengganu,” ujarnya. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.