Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh
negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan 905,448 hektar,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak supaya YAB Perdana
Menteri membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Snd.
Bhd. (FGVH) di Bursa Malaysia.
GAMIS berpendirian tindakan
tersebut adalah suatu tindakan yang sangat merugikan. Hal ini bakal
berlaku melalui perjanjian pajakan 99 tahun antara Felda Holding Berhad
(FHB) dan FGVHB kerana FHB telah bersedia untuk memajak tanahnya seluas
360,000 hektar kepada FGVHB sedangkan syarikat itu tiada hak ke atas
tanah tersebut dan 500,000 hektar tanah yang dimiliki oleh peneroka.
Dalam
rekod, FGVH hanya memiliki 42 ribu hektar tanah dan penyenaraian ini
akan menyaksikan penyusutan saham Koperasi Permodalan FELDA Malaysia
Berhad (KPF) dalam anak-anak syarikat FHB susut kepada 30% sahaja dan
baki 70% lagi akan didagangkan kepada pelabur luar. Di samping itu,
ahli-ahli KPF bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham FHB selain
pendapatan RM 2 billion FELDA bakal menjunam kepada RM508 juta.
GAMIS membantah penyenaraian tersebut kerana :
FGVH yang mempunyai rekod prestasi buruk (mengalami kerugian dan
menanggung hutang) sudah pasti tidak mampu memberikan pulangan yang
lebih baik kepada peneroka.
Penyenaraian tersebut yang akan
membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang
saham akan menjejaskan kepentingan hak Melayu ke atas Felda.
GAMIS
juga berpandangan, penyenaraian di Bursa Malaysia yang kononya
bertujuan untuk menarik pelabur bagi menambah modal adalah tidak tepat
pada keadaan ekonomi sekarang yang berkemungkinan besar akan
mengorbankan kepentingan peneroka. ‘Durian runtuh’ yang ditawarkan
kepada peneroka adalah keuntungan yang bersifat jangka pendek. Isu
jangka panjang yang lebih besar ialah kemampuan FGVH untuk bersaing
dengan syarikat gergasi yang lebih senior di peringkat global.
Berkenaan
dengan isu yang melanda KPF pula, GAMIS menuntut daripada Perdana
Menteri atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beberapa penjelasan
berikut :
KENAPA Tan Sri Isa Samad yang bukan peneroka
FELDA atau keluarga peneroka atau kakitangan FELDA dan juga belum genap
dua (2) tahun menjadi ahli KPF dilantik sebagi Pengerusi KPF sedangkan
ia bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF dan Seksyen 43 Akta
Koperasi 1993.
KENAPA Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah FELDA
untuk membincangkan perlantikan Tan Sri Isa Samad diadakan pada (25 Ogos
2011) ketika ketiadaan Dato’ Zulkifli Abd. Wahab yang sedang menunaikan
umrah.
KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab disingkirkan sebagai
Pengerusi KPF sedangkan beliau dilantik secara sah melalui Mesyuarat
Agung KPF 2011.
KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab diarah bercuti dalam tempoh 6 hingga 9 bulan bermula 25 November 2011 yang lalu.
KENAPA
Perdana Menteri campur tangan dalam hal ehwal dalam KPF yang mempunyai
undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Persoalan-persoalan di atas
memperlihatkan seolah-olah terdapat konspirasi tertentu yang dirancang
oleh pihak-pihak tertentu. Keadaan ini sekiranya tiada penjelasan dan
tidak diselesaikan segera akan menyebabkan keadaan bertambah buruk jika
penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia diteruskan.
GAMIS menuntut supaya :
Mahkamah
menghalang Mesyuarat Agong Khas KPF yang dijadualkan akan berlangsung
pada 5 Januari 2012 daripada diadakan bagi menyekat pelupusan pegangan
saham ahli KPF kepada FGVH dilakukan.
YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menentukan status sebenar Tan Sri Isa Samad dalam KPF.
Sekiranya
tiada penjelasan diberikan dan tuntutan tidak dilayan, GAMIS akan
menggerakan mahasiswa, khususnya dikalangan anak-anak FELDA, untuk
bertindak sebagai third force dengan menterjemahkan bantahan dan
kekecewaan mereka terhadap kerajaan melalui kertas undi dalam Piliharaya
Umum yang akan datang.
Eikhwan Ali
Naib Presiden GAMIS
Bahagian Koporat dan Antarabangsa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.