KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan
Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam
Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.
Ekoran
itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang
media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon
maaf kepada pimpinan dan ahli parti.
“Sebagai ahli PAS dan ahli
jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran
saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik
balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.
“Saya memohon
maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran
saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Sebelum
ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS
sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding
Negara Islam sejak sekian lama.
Sehubungan itu beliau menolak
konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada
matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.
Mengakui ulasannya
sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan
pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang
diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah
menubuhkan sebuah negara Islam.
“Saya sebagai ahli dan pimpinan,
saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat
pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan
parti sebelum ini.
“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.
Sementara
itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti
bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut
mengaitkan dirinya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.