JASIN, 29 Dis:
Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan
dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang
terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang
berkemampuan di sekitar Jasin.
Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin
tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak
mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti.
Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas.
Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat.
Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke
pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke
pasaraya di sekitar bandar Jasin.
Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin.
Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke
pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat
tulis diberikan terus ke rumah mereka.
Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara
masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat
untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.