KUALA LUMPUR 29 Dis : KEADILAN mencabar Menteri Agama, Jamil Khir
untuk membersihkan nama kerana menggunakan duit zakat bagi membayar kos
guaman peribadi.
“Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama
Islam Malaysia segera tampil ke hadapan. Bukan menyorok di belakang
pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” kata Pengarah Komunikasi, Nik
Nazmi Nik Ahmad.
Menurut Nik Nazmi, Jun 2011 lalu, Ketua Audit Negara mengesahkan
Jamil menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) untuk membayar kos guaman pembatalan kes qazaf oleh Anwar.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin
Ismail bersekngkol apabila tidak menyebut ‘pendahuluan RM63,650 daripada
wang zakat yang digunakan Jamil.
Malah katanya Yamin Ismail menyalahkan Ketua Pembangkang dan
pihak-pihak tertentu kononnya menyalahgunakan proses mahkamah
terhadap penjawat awam.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya
menegaskan sebarang salahguna wang zakat selain daripada untuk asnaf
yang lapan adalah salah dan dosa besar.
“Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, peguam Zainul
Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan
Mufti Wilayah Persekutuan,” kata ADUN Seri Setia itu.
Nik turut mempersoalkan mengapa wujud pilih kasih dalam kes amil
zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510
dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali
sebatan tahun ini.
“Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun
di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan
terhadap pengurusan wang zakat,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.