KUALA LUMPUR, 29 Dis: Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka (gambar)
yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.
Tidak
diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin
memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia,
Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.
Arifin, 78, ialah
hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya
menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.
Mahkamah Rayuan
mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam
keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun
2004.
Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.
Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.