Hasan Ali, Exco negeri Selangor dan juga bekas pengarah BTN, telah menghina kepintaran orang Melayu dan kesucian agama Islam dengan mendakwa bahawa orang Kristian mempunyai motif utama untuk memurtadkan orang Melayu. Isu ini telah mencetuskan kemarahan para pemimpin Kristian dan Islam sederhana.
Adalah tidak waras untuk Hasan berfikir bahawa seorang Islam boleh memeluk agama Kristian dengan hanya membaca atau mendengar bacaan Injil. Adakah orang bukan Islam memeluk Islam beramai-ramai selepas mendengar Azan setiap hari di masjid dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca di televisyen? Jika Hasan mendakwa bahawa dirinya ilmuan Islam, bolehkah beliau mengambil bahagian dalam perdebatan perbandingan agama apabila dia takut pada Injil?
Pada hari ini, pelajar universiti - orang Islam dan bukan Islam - terdedah kepada Kitab Suci semua agama. Haruskah universiti berhenti menawarkan kursus Perbandingan Agama- untuk para pelajar semata-mata kerana kesempitan fikiran Hasan Ali dan hipotesis beliau yang samar-samar mengenai isu murtad? Atau adakah asas agama Hasan sendiri begitu goyah sehingga beliau takut pada Injil?
Fahami kandungan Injil dan Kitab-kitab agama lain
Hasan adalah seorang Muslim yang cetek fikiran dan ada baiknya beliau mengambil tunjuk ajar daripada Allahyarham Ahmed Hussein Deedat (1918 - 2005), seorang ulama, yang menkaji kedua-dua Al-Quran dan Injil. Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan iman Islam jika seseorang itu mengatakan bahawa apabila seorang Muslim mendengar bacaan Injil, dia akhirnya akan masuk Kristian. Seorang Muslim, jika boleh, hendaklah membaca dan memahami kandungan Injil dan kitab semua agama dan bandingkan dengan kandungan Al-Quran untuk mengukuhkan fahaman mereka terhadap Islam.
Usaha ini tidak akan dalam apa-apa cara sekalipun mengurangkan keimanan seorang Muslim. Masalah dengan kebanyakan orang Islam di negara ini adalah mereka membaca al-Quran tetapi tidak mampu untuk memahami makna ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa Arab. Kejahilan ini telah membuat ramai orang Islam takut pada kitab agama-agama lain kerana kitab-kitab ini kebanyakannya ditulis dalam bahasa mereka dapat baca dan fahami. Hassan sebaliknya harus menyeru orang-orang Islam untuk membaca Al-Quran dan belajar untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran demi mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap Islam. Ini akan membantu umat Islam mengukuhkan keimanan mereka apabila terdedah kepada buku atau kitab suci agama-agama lain.
Rakyat Malaysia secara amnya tidak perlu terpengaruh dengan fanatik agama yang bermotifkan politik untuk melagakan orang Melayu terhadap Kristian. Media pro-kerajaan tidak akan melakukan keadilan walau untuk Islam. Mereka mampu menggunakan agama untuk memutarkan dan menonjolkan cerita-cerita dongeng bagi menipu penduduk Melayu luar bandar untuk berfikir bahawa orang Kristian semua mahu memurtadkan orang Melayu.
UMNO hanya mahu undi daripada penduduk luar bandar dan mengksploitasi mereka dan ini tidak ada kena-mengena dengan Islam atau Kristian. Mereka menyebarkan penipuan untuk memenangi undi orang Melayu yang kurang berpelajaran. UMNO sedang cuba untuk melemahkan kerajaan negeri Selangor dan pembangkang di peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun, tidak semua orang percayakan cerita-cerita dongeng mereka.
Ramai yang sedar bahawa bangsa, agama dan raja digunakan oleh UMNO untuk menyebarkan budaya takut pada rakyat supaya mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat tidaklah sebodoh itu kali ini. Kesunyian rakyat terhadap dakwaan palsu ini dan maklumat yang salah tidak menggembirakan UMNO. UMNO menjangka beberapa bentuk huru-hara dalam masyarakat untuk menjustifikasikan perbuatan buruk mereka, tetapi mereka kecewa kerana ini tidak berlaku.
Menggalakkan satu agenda politik jahat
Menghentam Kristian telah menjadi satu cara hidup untuk beberapa tokoh agama dan politik cerdik yang percaya dengan berbuat demikian akan menyatukan orang Melayu. Menghentam Kristian turut berlaku di negeri Selangor hanya kerana negeri ini adalah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, mereka tidak menang. Kelakuan gila mereka telah gagal untuk menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia. Terdapat beberapa fanatik politik dan agama yang berniat untuk membuat kekecohan dalam masyarakat untuk mempromosikan agenda politik jahat mereka bagi pihak Barisan Nasional dan UMNO. Ini tidak pernah berjaya kerana mereka tidak mendapat reaksi daripada rakyat Malaysia yang sudah semakin matang.
Eksterimis politik ini akan cuba dengan sedaya upaya untuk mewujudkan keganasan dalam masyarakat. Menggunakan kepala lembu dalam demonstrasi, mengebom gereja-gereja, membuang bangkai babi ke dalam kawasan masjid - semua ini tidak berjaya. Mereka menjangka beberapa insiden hodoh, kekecohan atau reaksi marah daripada rakyat yang mengikuti mereka episode mereka. Malangnya, ia tidak berlaku, kerana majoriti rakyat Malaysia tidak begitu bodoh untuk jatuh ke dalam perangkap UMNO.
Pada tahun 2006, Mufti Perak, Harussani Zakaria, menyebarkan khabar angin bahawa sebuah gereja di Jalan Silibin, Ipoh telah menjalankan upacara pembaptisan bagi umat Islam. Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di gereja untuk membantah 'kegiatan murtad' dan memaksa pihak polis menyuraikannya. Insiden ini bagaimanapun tidak membawa kepada apa-apa pertelingkahan agama. Mereka telah menyedari kebodohan itu. Ia adalah angkara mufti yang menyebarkan racun tanpa apa-apa bukti. Bagaimanapun, oleh kerana beliau seorang yang bodoh, rakyat bersedia untuk memaafkannya.
Mufti yang sama mendakwa bahawa antara 100,000 dan 250,000 orang Islam yang telah meninggalkan Islam. Dia sebenarnya menjadi alat politik kepada beberapa pihak yang berminat untuk menyebabkan kekecohan dalam masyarakat. Majoriti orang Melayu yan g bijak hanya mengabaikan dakwaan ini. Ironinya, tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang menyebarkan maklumat palsu.
Perkara yang kebanyakan orang lebih suka untuk tidak endahkan
Pelbagai khabar angin bodoh telah dicipta yang mencadangkan ada satu konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Hanya baru-baru ini, Hasan - yang mempunyai ijazah doktor falsafah - mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjumpai alat audio yang telah digunakan untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Hasan mendakwa bahawa alat audio solar Injil itu telah ditemui oleh JAIS semasa dalam penyiasatan kegiatan memurtadkan umat Islam di Selangor. Kononnya, alat tangan Injil itu juga digunakan untuk mengajar dan kalimah Allah juga telah digunakan dalam versi Bahasa Malaysia Injil. "Penyelidikan" ini seolah-olah menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam dengan menubuhkan kumpulan kebajikan, memberi bantuan kewangan dan lain-lain bentuk bantuan kepada ibu tunggal, golongan miskin dan warga tua. Isu-isu ini telah menjadi sesuatu yang kebanyakan rakyat lebih suka untuk tidak endahkan.
JAIS bekerja dalam kadar luar biasa lebih keras hari ini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Mereka bertindak agak pasif kepada pesalah umat Islam di negeri ini semasa kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN). JAIS sering di selar oleh rakyat Selangor yang sedar motif jahat mereka. Dari segi politik, rakyat akan tanpa ragu-ragu masih mengundi Pakatan Rakyat di negeri ini pada pilihan raya umum yang akan datang. Terima kasih kepada JAIS kerana memainkan peranan untuk merealisasikan perkara ini.
Hasan telah gagal dalam tesisnya
Dalam kebanyakan kes, Hasan tidak dapat memberikan apa-apa bukti terhadap dakwaan yg direncanakan ini, tetapi masih dengan niat mementingkan diri sendiri dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Beliau menyimpulkan tesisnya dengan mengenal pasti bilangan orang Melayu yang menjadi Kristian melalui pembolehubah yang beliau sendiri cadangkan untuk memurtadkan orang Islam.
Dalam erti kata lain, apa yang dipanggil beliau sebagai "penyelidikan" adalah sebenarnya satu khayalan. Ia tiada bukti empiric maka adalah sangat tidak patut untuk seorang ulama yang memegang PhD. Ini adalah satu penghinaan kepada mana-mana pemegang PhD dari mana-mana universiti. Apa yang beliau maksudkan dengan "penyelidikan" ternyata hanyalah satu trend atau desas-desus. Dari sudut pandangan Islam, ini adalah fitnah - kerana ia tidak ada bukti dan tidak disahkan secara empirik dalam kajian kes. Hasan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti fizikal yang ketara atau signifikan dalam kegiatan memurtadkan umat Islam. Ia juga cacat dari segi akademik dan tidak ubah seperti fitnah lain di mata Islam.
Terdapat undang-undang di negara ini untuk menghukum mereka yang cuba untuk memurtadkan orang Islam. Jika ada bukti, maka pesalah-pesalah yang cuba untuk menukar agama orang Islam haruslah didakwa. Tetapi setakat ini kita tidak mendengar kes sebegini
Hasan sebenarnya telah gagal dalam tesisnya. Ini adalah cukup jelas bahawa sesetengah orang boleh "berpendidikan tinggi" tetapi pada masa yang sama ketaksuban boleh menjahilkan mereka. Melayu berpendidikan pada hari ini tidak lagi menerima iman yang berdasarkan indoktrinasi buta tetapi berdasarkan fakta dan pertimbangan. Rakyat moden termasuk orang Melayu, akan belajar dan mencari bukti untuk menyokong kepercayaan mereka. Hasan, dalam kes ini telah gagal.
Terdapat agenda tersembunyi untuk semua isu palsu ini oleh beberapa tokoh "agama" dan politik. Beberapa fanatik agama ini adalah sebenarnya ahli-ahli politik yang menggunakan Islam untuk faedah politik. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan ahli-ahli politik menyembah syaitan dan bukan Allah. Atas sebab ini, umat Islam sejati tidak harus jatuh dalam perangkap ini. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berkhidmat untuk kepentingan mereka sendiri dan berusaha mendapatkan sokongan atau kuasa walaupun ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap Islam.
Hentikan Keangkuhan
Orang-orang ekstrimis agama yang menggunakan agama untuk faedah politik sebenarnya memperkecilkan Islam dan ini adalah satu keaiban kepada semua umat Islam yang waras. Orang-orang Kristian sememangnya membantu kumpulan terpinggir seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya. Pertubuhan-pertubuhan Kristian akan sentiasa menjadi yang pertama untuk menghulurkan bantuan tanpa syarat kepada apa-apa bencana yang berlaku di semua negara Islam atau bukan Islam, termasuk Malaysia.
Kami tidak pernah mendengar satu pun kes seorang Melayu yang memeluk agama Kristian di negara ini kerana bantuan tersebut. JAIS dan Hasan perlu mencontohi perbuatan baik orang-orang Kristian dalam membantu orang Melayu yang miskin dan terpinggir, orang Islam dan bukan Islam dan bukan memburukkan mereka. Mereka harus mencontohi perbuatan baik semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan berhenti menyinggung perasaan orang lain dan bersikap sombong.
Beribu-ribu orang Melayu telah belajar di sekolah-sekolah Kristian, mereka sembahyang dengan orang-orang Kristian, mereka dihantar ke negara-negara Kristian untuk belajar akan tetapi tiada bukti empirikal bahawa seorang pun orang Melayu telah memeluk agama Kristian kerana pendakwah Kristian. Anak-anak Melayu di negara ini semuda berusia empat tahun dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh orang Kristian yang berdedikasi tanpa firasat dalam fikiran ibu bapa mereka bahawa anak-anak mereka akan dimurtadkan. Iman umat Islam agak kukuh dan mereka tidak begitu mudah terpengaruh. Satu-satunya bukti empirik adalah orang Melayu dan umat Islam yang terdedah kepada pendidikan di negara-negara Kristian secara amnya telah menjadi Muslim yang baik dan toleransi tinggi terhadap kaum dan agama lain. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk orang-orang yang tidak melalui pendidikan sekular.
Hasan patut sedar bahawa dengan kemudaha akses kepada Internet oleh hampir semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama, pengguna dapat mengakses hampir semua maklumat mengenai mana-mana agama di dunia ini. Seseorang tidak memerlukan peranti tangan solar untuk belajar tentang agama Kristian. Seseorang itu boleh memuat turun atau akses kepada apa-apa maklumat tentang agama dari internet - termasuk Injil atau Al-Quran.
Tuduhan melulu terhadap orang Kristian
Jika JAIS dan Hasan takut bahawa umat Islam boleh dimurtadkan oleh orang Kristian dengan menggunakan alat-alat berteknologi tinggi, maka penggunaan komputer dan Internet akan diharamkan ke atas umat Islam. Adakah masyarakat Islam ini jenis yang JAIS dan Hasan mahukan? Rupa-rupanya, kedua-dua JAIS dan Hasan kurangan pengetahuan tentang apa yang membuatkan seseorang itu berpegang kepada iman. Hujah mereka dogmatik kepada kegiatan murtad dan menghina minda orang Melayu serta umat Islam. Hasan harus dibiarkan bersendirian, dipulaukan dan terdampar di pulau yang tidak berpenghuni.
Kemungkinan besar Hasan tidak akan dipilih lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Dia tidak akan mendapat sokongan orang bukan Islam dan orang Melayu yang waras. Kenyataan beliau bahawa orang Kristian menggunakan Injil audio untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam tidak akan memberikan petanda yang baik kepada orang bukan Islam. Tabiat berterusan menakut-nakutkan orang Islam bahawa iman mereka berada dalam bahaya daripada orang Kristian juga tidak akan berjaya untuk mempengaruhi orang Melayu.
Tuduhan Hassan ke atas orang-orang Kristian tidak akan menjejaskan keharmonian agama di negara ini. Pendirian Hasan mengenai isu ini tidak penting dan JAIS hanyalah memainkan lagu politik UMNO, dan Hasan pula bimbang dia sedang bersendirian sekarang.
Bawa perkara hina ke pejabat
Jika iman seorang Muslim itu kukuh, tidak ada Injil, Taurat atau 700 ayat Kitab suci Bhagavad Gita atau mana-mana buku atau Kitab Suci yang lain boleh mendorong beliau untuk menukar agamanya. Apa yang sedang dilakukan oleh JAIS dan Hasan dengan niat mencetuskan kebimbangan, permusuhan dan kebencian terhadap orang-orang Kristian dan kepercayaan mereka adalah semata-mata untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.
JAIS dan Hasan sedang bermain dengan politik tetapi mereka telah gagal untuk mempengaruhi minda rakyat. Rakyat Selangor cukup bijak untuk membaca fikiran mereka. Mereka menyedari hakikat bahawa Hasan menggunakan agama untuk menyemai rasa takut dan kebencian di kalangan kaum Melayu dengan mendakwa bahawa agama mereka adalah di bawah ancaman. Ini secara tidak langsung mempengaruhi Sultan Selangor dan menyebarkan kebenciannya dan melemahkan Menteri BesarKhalid Ibrahim. Media pro-UMNO, di sudut yang lain, hanya menggunakan analisis dangkal Hasan dalam hal-hal agama untuk mengalihkan perhatian negara dari semua kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam kerajaan BN.
JAIS dan Hasan perlu menghentikan wacana kotor mereka memandangkan mereka membawa perkara hina ke pejabat mereka dan hilangan kesopanan mereka serta tidak boleh dilihat sebagai badan agama atau pemimpin yang dihormati.
Mahu menjadi MB
Selain itu, secara tidak langsung, Hasan mempunyai niat yang untuk memprovokasi kerajaan negeri Selangor dan PAS. Pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lebih matang untuk bertindak balas terhadap semua gimik politik ini. Mujurlah, terdapat orang yang lebih rendah diri dalam Pakatan Rakyat , lebih pintar dan lebih banyak pengetahuan mengenai Islam dan agama-agama lain. Mereka tidak perlu bertindak balas terhadap teori dangkal Hassan.
Dengan menegur Hassan, ini akan menjadi kemenangan buat Umno. Mungkin inilah yang diharapkan Umno. Cukuplah untuk rakyat Selangor menyedari bahawa Hasan tidak didorong oleh iman tetapi politik dalam isu ini.
Matlamat lain JAIS adalah untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan menarik pengundi untuk mengundi UMNO menggunakan taktik menakut-nakutkan mereka. JAIS dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang masih setia kepada UMNO. Ramai yang berfikir bahawa Hasan adalah satu ancaman kepada PAS. Lagipun, Hasan bersungguh-sungguh mahu menjadi MB Selangor pada tahun 2008 apabila Pakatan menang di negeri itu.
Dia didakwa bekerjasama dengan UMNO dan bekas MB Selangor untuk menjadikan beliau MB sekiranya dia dan lain-lain ahli PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran. Hasan kini merupakan seorang lelaki yang terdesak dalam belenggu politik yang direkanya sendiri. Walaubagaimanapun, beliau masih mempunyai harapan kuat untuk menjadi MB Selangor suatu hari nanti. Tetapi sebelum ini boleh berlaku, pengundi pasti mahu menyingkirkan beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.