21 Oct 2011

Debat Belanjawan, Najib perlu jadi anak jantan

(Oleh : Nabihah Hamid )
Klang : Angkatan Muda KEADILAN Selangor menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang.
Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali keduanya mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat berhubung berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.
“Najib perlu terima (cabaran) dan berhujah seperti anak jantan dan tunjukkan kemampuan. Beliau juga perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang memperkecilkan Belanjawan Pakatan Rakyat.” kata Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail.
Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya  ‘Belanjawan Republikan aliran kanan’ yang gagal memahami kehendak rakyat.

” Tidak adil bagi Pakatan Rakyat yang tidak diberikan peluang untuk membahaskan Belanjawan yang dibentangkan. Jika kita lihat Selangor antara negeri Pakatan yang telah berjaya membuktikan manifesto yang dibuat sewaktu pilihanraya sebelum ini.”
Selangor menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta dalam tempoh enam bulan ini, menjadikan jumlah terkumpul RM1,100 juta dan merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, sejak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Manakala sejak Januari hingga 30 Jun tahun ini sahaja, pelaburan di Selangor bernilai RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.
Sementara itu, AMK Selangor pada masa sama sedia bekerjasama dengan mana-mana Badan Bukan Kerajaan untuk mengambil bahagian dalam penganjuran debat tersebut.
“Debat ini perlu dibuat segera dan kami diperingkat negeri sedia bekerjasama untuk mengaturkan tempat dan mengerahkan jentera dan mengambil bahagian.”

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.