Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan kira-kira 25km daripada Kuala Besut, Besut – daerah paling utara di Terengganu. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah. Memang rugi jika anda tidak merakamkan gambar apabila berkunjung ke sini .
Pulau Perhentian juga banyak menyediakan pakej-pakej menarik kepada pelancong. Pulau Perhentian menjanjikan sebuah percutian yang hebat di Malaysia dengan udara yang bersih, nyaman serta pantai yang menarik dengan air yang kebiruan. Ia juga menjadi syurga kepada penyelam-penyelam. Memang tidak rugi jika anda mendapatkan pakej percutian ke Pulau Perhentian. Macam-macam pengalaman dan kenangan yang anda pasti tidak dapat lupakan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.