Salah satu destinasi perlancongan yang utama di Pantai Timur . Terletak 45 km daripada Kuala Terengganu dan 22 km daripada Merang yang merupakankawasan tanah besar yang terdekat sekali dengan Pulau Redang.
Sebagaimana Pulau Redang dikatakan sebagai sebuah pulau, jadi salah satu tarikan utama tentulah pantai-pantainya. Pulau ini mempunyai dua pantai yang menjadi daya tarikan utama kepada pelancong, iaitu Pantai Pasir Panjang (juga dikenali Long Beach kepada para pelancong) dan juga Teluk Dalam Kecil.
Pasir Panjang – dinamakan sempena pantainya yang panjang, berukuran kira-kira 800 meter – terletak di pesisiran timur pulau ini. Manakala Teluk Dalam Kecil pula boleh dijumpai di sekitar teluk-teluk kecil di bahagian timur laut pulau tersebut – berdekatan dengan Berjaya Redang Beach Resort. Resort ini merupakan hotel bertaraf lima bintang dan merupakan salah satu lokasi penginapan yang terkenal dikalangan para pelancong. Pengangkutan daripada resort ke lapangan terbang terdekat disediakan. Resort-resort lain juga boleh dijumpai di sepanjang pesisiran pantai di Pulau Redang. Kebanyakan resort menawarkan penginapan yang berhadapan dengan pemandangan indah lautan biru Pulau Redang.
Pulau Redang bersama-sama sembilan pulau yang lain yang membentuk kepulauan ini telah dilabelkan sebagai Taman Konservasi Laut, semua ini hasil positif usaha daripada pengenalan Akta Perikanan 1985. Oleh itu, Pulau Redang semestinya menawarkan golden chances bagi para pelawat untuk melihat dan berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan hidupan-hidupan marin yang jarang didapati di mana-mana tempat di seluruh dunia.
Terdapat dua pilihan untuk ke Pulau Redang samada melalui udara atau menggunakan bot. Jika bot menjadi pilihan buleh mendapatkan perkhidmatan bot-bot di jeti yang terdekat iaaitu jeti Merang.
Walau bagaimana cara pun anda sampai ke Pulau Redang, kecantikan dan keindahan semulajadi pulau tersebut pasti akan memukau pandangan .
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.