PETALING JAYA, 15 Sept: "Langkah kerajaan Barisan Nasional untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia selepas 48 tahun ianya berlaku adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008," jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau yang berkata pada satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.Tambah beliau lagi, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga.
"Kita berjanji menunaikan apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga sebagai contoh menjamin royalti sebanyak dua puluh peratus daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dikembalikan dalam metlamat membasmi kemiskinan dikalangan rakyat," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau juga memberitahu selain kita mengingati Hari Malaysia, kita juga mesti ingat bahawa ulangtahun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dari mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) tiga tahun yang lalu dengan memberi tekanan yang teruk kepada Pak Lah.
"Untuk makluman, 17 September 2008, Najib menemui Pak Lah (Perdana Menteri pada waktu itu) dan memberi tekanan lanjut kepada Tun Abdullah Badawi untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.
"Pakatan Rakyat ingin menperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini semenjak Najib mengambil alih jawatan tersebut beliau tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi negara dari perangkap berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonimi Baru (MEB) yang dicanang-canangkannya.
"Beliau juga kerap berdolak-dalih di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melebal minyak dan yang terakhir sekali adalah cukai enam peratur untuk telefon prabayar," sambungnya lagi.
Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kadar inflasi yang semakin tinggi.
"Dalam pada ekonomi yang tidak menentu ini, Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahankan kedudukannya di dalam Umno dan juga Kabinet.
"Sekitanya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan beraku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seorang Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan adalas sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik," tambah beliau.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mengambil pendekatan di dalam semangat menghormati Hari Malaysia, Pakatan Rakyat menyarankan agar Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikan kepada Abdullah dahulu dan meantik seorang penyokong yang masih dipercayai untuk mengambil alih Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi merudum lebih jauh. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.