
Bertemakan To Fight Through Cartoon, sebanyak 80 karya kartun menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia akan dipamerkan.
Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo Zunar pertama sepanjang 30 tahun berkarya. Pada akhir tahun lepas, Zunar juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol.
“Tema “Berjuang Melalui Kartun” dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia,” kata Zunar atau nama betulnya Zulkifli Anuar ul Haq.
Zunar berkata, antara isu yang difokus ialah Konspirasi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu rasuah dalam skandal Scorpene, pembunuhan Altantuya, Isu National Feedlot Corporation, Isu isteri Perdana Menteri, Bersih, Sarawak dan sebagainya.

Majlis pelancaran di London itu akan diadakan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road pada 15 Februari dan akan dirasmikan oleh pengasas Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown.
“Selain saya sendiri, turut berucap di majlis tersebut nanti ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Malik Imtiaz Sarwar,” kata Zunar.
Tiket untuk majlis itu adalah terhadap dan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di United Kingdom boleh menempah tiket melalui link ini http://article19zunar.eventbrite.com/ atau email kepada sonya@article19.org.
Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah Courage in Editorial Cartooning (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku beliau dengan alasan menjejaskan ketenteraman awam, selain pejabatnya turut diserbu pihak berkuasa.
Buku-buku karyanya dirampas, kilang pencetak diugut dan kedai dilarang menjual hasil karya beliau. Pada September 2010, Zunar dimasukkan di dalam lokap di bawah Akta hasutan namun dibebaskan oleh arahan mahkamah. Beliau kini menyaman kerajaan atas tangkapan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.